‘Tidak berniat m3ngecam !’ Drama Band memohon maaf atas keterl4njuran drama persembahan di AJL-34

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza mempertahankan persembahan pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, malam tadi, sebagai kritikan sosial yang disampaikan dalam bentuk satira.

Mend4kwa tidak berniat mengec@m atau menjadikan karakter mana-mana individu sebagai sindir@n, Aepul bagaimanapun memohon maaf atas keterl4njuran mereka.

“Saya mewakili Drama Band memohon maaf atas keterl4njuran kami dalam persembahan malam tadi. Jika ada yang meneka watak dibawa ke pentas ditujukan kepada mana-mana individu, kami tidak mampu menghalang.

“Bagaimanapun, selepas ini, kami akan lebih berhati-hati dalam persembahan dan tidak mengetengahkan lagi isu sensitif,” katanya kepada BH Online.

Ketika mempertaruhkan lagu Drama ciptaan Aepul, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir dan Nik Adib, Drama Band yang diiringi penari, menonjolkan beberapa karakter yang dilihat seakan-akan m3nyindir selebriti, pendakwah bebas, ahli politik dan pemimpin.

Berikutan itu, TV3 tidak menyiarkan klip video persembahan band itu di akaun YouTube, sejak malam tadi.

Aepul yang mend4kwa terkejut diberitahu klip video mereka tidak disiarkan di YouTube, berharap kumpulan itu tidak dih4lang membuat persembahan pada mana-mana acara selepas ini.

Aepul mengulangi apa yang dipaparkan hanyalah parodi.

Ditanya adakah produksi AJL34 tahu perancangan mereka dalam persembahan malam tadi, Aepul berkata, mereka hanya memaklumkan sebahagian daripada plot yang mahu dipaparkan.

“Kami tidak beritahu watak yang ditampilkan secara terperinci. Tetapi kami beritahu ada elemen kejut4n dalam persembahan itu.

“Insya-Allah, selepas ini, kami belajar daripada kesil4pan,” katanya.

Sumber : BH online, Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

 

Be the first to comment on "‘Tidak berniat m3ngecam !’ Drama Band memohon maaf atas keterl4njuran drama persembahan di AJL-34"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*