LAMBAT DATANG KERJA GUNA ALASAN NIE CONFIRM BOS TERIMA (6X SEBULAN JE BOLEH GUNA)


BIAR lewat, jangan tidak sampai langsung? Tidak pasti sama ada ungkapan itu boleh diterima pakai atau tidak apabila seseorang pekerja memberi alasan lewat ke tempat kerja, namun ia adakalanya tetap digunakan.

 

 

1.Satu Jam Terkandas Dengan Jiran-Jiran

“Assalam bos, pagi tadi hujan terlampau lebat siap ribut. Ada pokok jatuh menghalang satu-satunya laluan keluar. Pihak terbabit sedang dalam proses mengalihkan pokok. Dah dekat satu jam dan saya masih terkandas bersama-sama jiran-jiran setaman. Kejap lagi saya cuba tanya berapa lama lagi mereka jangka akan selesai semuanya, lepas tu saya update bos, ya

2. Kecewa Dengan Isteri

“Bos, saya tak boleh keluar rumah. Terkunci dari dalam. Isteri terambil kunci rumah saya dan sudah keluar ke tempat kerja leis awal. Saya dah call isteri dan teramat marah dengan kecuaian yang berlaku. Dia sedang dalam perjalanan balik ke rumah untuk hantar kunci. Maafkan saya bos dan doakan kami tak gaduh besar

3. Saka Basement Parking

“Astaga bos!!!!!!! Saya terlajak tidur tapi bukan di rumah . Saya terlelap dalam kereta di basement ni. Sebenarnya dah sampai awal pagi lepas subuh. Niat di hati nak mula kereja lebih awal daripada biasa tapi sebaliknya pula. Saya siap mimpi tgh siapkan proposal yang bos mintak tu. Aduhai saka apa lah yang mengganggu ni. Kejap boss, bagi saya cuci muka dulu pastu saya terus lari naik ofis.”

4.Kes Dendam Kesumat

“Bos ..mati saya. Keempat-empat tayar kereta pancit bos. Tengah tunggu bantuan datang. Saya syak ada orang pedajal sebab semalam saya ada tegur sekumpulan budak muda yang membuat bising di basement. Taubat lepas ni saya tak kan ambil port sebab ini tak pasal-pasal dah menjejaskan prestasi saya di tempat kerja. Boleh pinjam duit sikit tak bos nak top up duit tayar”

5. Bukan Mandi Buih

“Bos tolong!! Air tiba-tiba terputus bekalan, ngam ngam saya sedang syampu rambut. Ni belum bilas lagi ni bos, masih berbuih mcm hakim pakai rambut palsu dalam mahkamah tu. Huishhh nasib baiklah bukan masa saya membuang bos, kalau tak muntah hijau saya dengan ‘buangan’ sendiri. Saya dah call pihak pengurusan, katanya dalam masa 1 jam akan selesai. “

6. Pak Polisi

“Bos….sorry saya sikit lagi nak kena saman. Masa tengah drive mak saya telefon. Panggilan pertama saya biarkan sebab tak nak ganggu fokus pemanduan, lagi pun speaker rosak. Tapi bila dah dua tiga kali telefon tanpa henti, hati terus terdetik mungkin ada kecemasan. Sebaik saya angkat, mak tanya kenapa tak boleh masuk akaun facebook dia. Ngam-ngam pula polis lalu sebelah kereta terus kena tahan. Saya terpaksa memujuk rayu supaya dilepaskan. Itu yang saya tak sampai lagi bos, sebab ambil masa berunding. Tapi bos jangan risau tak ada apa-apa rasuah yang berlaku dan yang paling penting saya dapat jugak datang kerja macam biasa, cuma lambat sikit , sorry ya.”

ALASAN SIMPLE LAMBAT
1. Jalan jem tak hingat.
2. Jalan jem akibat eksiden, paip pecah, kete rosak atau ada maintenance on the road.
3. Kereta atau motor kita rosak.
4. Hujan lebat (pastikan anda memiliki motorsikal sahaja).
5. Pergi klinik atau hantar anak bini pergi klinik.
6. Tolong orang eksiden.
7. Kene pergi sekolah anak sebab cikgu sekolah panggil.
8. Sakit perut atau terkena sindrom cirit birit bila bangun pagi.
9. Susah carik parking atau terpaksa parking kereta jauh-jauh.
10. Lupa nak punch card!

Asian woman sleeping on bed and wake up with alarm clock

Kalau bos korang bagi mimik muka menyindir apabila diberi alasan-alasan diatas, dibawah ialah alasan-alasan yang lebih hardcore tetapi tapi mesti selamba pandai berlakon bila bercerita!

1. Telekom korek lubang awal pagi betul-betul depan pagar sampai kete takleh keluar.
2. Semalam tidur lambat sebab kena kawad cam kat balai polis sebab cari suspek kes bunuh (mesti bos korang kecut dengar).
3. Terserempak anak bos macam kene culik, follow punya follow rupanya orang lain!
4. Tersalah masuk jalan sebab kete kena himpit masa speeding sampai masuk highway ada tol.Jem plak tu kat tol…
5. Engkorang tidur lewat sebab tengok World Cup atau Euro Cup tapi pastikan team yang korang sokong tu sama ngan team yang bos korang

Be the first to comment on "LAMBAT DATANG KERJA GUNA ALASAN NIE CONFIRM BOS TERIMA (6X SEBULAN JE BOLEH GUNA)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*