SHARNAAZ AHMAD ” KALAU NAK BERCERAI, BUAT APA DULU NAK NIKAH”

“Orang tanya kenapa belum lepaskan dia? Adakah kerana masih sayang atau nak seksa dia? Ini bukan soal seksa, sayang atau tak ada usaha untuk berbaik. Itu semua sudah tidak penting.

Sharnaaz ketika ditemui berkata, kalau betul hendak bercerai, ia tidak akan keluar daripada mulutnya dan biar mahkamah menentukan semuanya. Katanya, isu rumah tangga mereka bukan disebabkan dia sudah melakukan kesalahan besar.

“SAYA kahwin bukan untuk bercerai,” kata pelakon Sharnaaz Ahmad mengenai dakwaan netizen mengatakan dia sengaja melengah-lengahkan proses perceraian dan enggan melepaskan isterinya Noor Nabila Mohd Noor.

“Ini soal yang satu iaitu kenapa kahwin? Kalau saya kahwin untuk bercerai, saya tak kahwinlah. Buat apa saya kahwin kalau semata-mata nak dapatkan satu kurniaan Allah depan mata, kemudian seksa dia. Ia 2 begitu.

Sharnaaz berkata, apabila diijabkabul ia bukan mengenai keseronokan, tetapi lebih kepada perasaan terharu kerana sudah diberi tanggungjawab untuk menjaga dan mendidik isteri“Ketika akad nikah saya tidak begitu berdebar tapi sewaktu membaca lafaz taklik, saya mula rasa sedih kerana saya ingat dan faham setiap ayat itu. Saya fikir adalah kita mampu untuk jalankan? Itulah yang buatkan saya terfikir dan kini ia sudah sampai ke situ,” katanya.
“Biasalah, saya baru kali pertama menjadi bapa. Mungkin ada salah tapi saya perbaiki dan tidak mengulanginya lagi. Namun, jika kesalahan lama itu diungkit berkali-kali, itu tidak adil,” katanya.

“Jika orang cakap buruk mengenai isteri saya, pasti saya akan marah. Sepatutnya hal rumah tangga kita kepada ibu bapa pun kita tak patut cerita demi menjaga aib masing-masing. Kalau apa yang diperkatakan itu betul, tak mengapalah juga,” katanya.

“Usaha untuk berbaik sangat subjektif. Apabila terjadi sebegini kita buat benda baik pun takkan nampak. Sebenarnya usaha itu ada. Daripada pihak saya, begitu juga dengan dia. Masing-masing cuba betulkan perhubungan tapi entahlah.Sementara itu, Sharnaaz turut mengakui ada usaha untuk berbaik dengan Nabila sejak mereka bergaduh awal tahun lalu. “Kalau tiada usaha, macam mana saya boleh sambut Aidilfitri bersama tapi tiba-tiba dia failkan cerai bulan Ogos. Keadaan yang sudah jadi baik bertukar sebaliknya dan saya sangat terkejut,” katanya.
Pada 11 September lalu, mahkamah memerintahkan satu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dibentuk bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan cerai pasangan ini.

 

Be the first to comment on "SHARNAAZ AHMAD ” KALAU NAK BERCERAI, BUAT APA DULU NAK NIKAH”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*