Ziarah Bapa Bernasib M4lang, Pak Nil Bikin Netizen S3bak

Allahuakbar, semoga Allah meringankan b3ban mereka… 😢😢

Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi mengundang rasa s3bak di kalangan netizen apabila membuat kunjungan ke rumah seorang bapa bernasib m4lang di Rompin, Pahang.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah video yang dimuat naik di entri akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

Menurut Aznil, individu terbabit telah kehilangan isteri dan seorang anak yang terlibat dalam nahas jalan raya. Selain itu, seorang anak lelakinya putus kaki kanan, manakala anak perempuannya pula megalami hancur di tapak kaki.

“Terlanjur berada di Rompin untuk #JelajahPAK21, ada cerita yang disingkap.

“Mungkin ada yang pernah terbaca atau menonton video viral kisah kem4langan jalan raya  di Rompin. Ia mengorbankan nyawa seorang ibu dan bayinya berusia 18 bulan, juga mengakibatkan seorang anak lelakinya putus kaki kanannya dan anak perempuannya hancur tapak kaki.

“Kini setelah dua bulan berlalu, Pak Nil menjenguk suami serta ayah kepada korban pelanggaran itu,” tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berasa s3bak dan bersimpati dengan nasib yang dialami lelaki berkenaan.

“Allahu..Besar dugaan ayah dan anak-anak.

“Allahuakbar.

“Pak Nil sebaik-baik manusia, semoga Allah sentiasa kurniakan rahmat dan melimpahkan rezeki berganda dan kesihatan yang baik kepada Pak Nil,” tulis wargamaya.

Dalam perkembangan lain, Aznil kini kembali mengacarakan program kanak-kanak, Tom Tom Bak yang telah direhatkan selama beberapa tahun sebelum ini.

Tom Tom Bak bersiaran setiap Jumaat, jam 8.30 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Go.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : GEMPAK

 

Be the first to comment on "Ziarah Bapa Bernasib M4lang, Pak Nil Bikin Netizen S3bak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*