Inilah Yang Dilakukan Oleh Auntie Ini Pada Setiap Kali Jumaat, Terutama Kepada Pelanggannya

Inilah Yang Dilakukan Oleh Auntie Ini Pada Setiap Kali Jumaat, Terutama Kepada Pelanggannya 😁😀👍

KISAH INSPIRASI JUMAAT

Sebelum solat Jumaat tadi, saya naik Mycar. Destinasi saya ke Masjid.

Nama drivernya, Mrs Sam.

Saya naik sahaja kereta, beliau tinggalkan pesanan siap- siap, “Bro, hari ini, awak bayar saya separuh sahaja ya, lagi separuh, awak kasi masuk tabung masjid”

“Uich! Biar betul Mrs?” Kata saya.

“Ya betul. Bayar separuh sahaja” kata beliau.

“Baiklah” kata saya.

Saya tertarik untuk kenal beliau lebih banyak lagi, saya tanya “Mrs, memang selalu buat begini?”

“Ya, setiap Jumaat, mana- mana orang yang saya hantar ke masjid, saya minta bayar separuh, lagi separuh saya minta duit masuk tabung” kata beliau.

Saya tanya” Mrs Sam, apa dorongan yang membuatkan Mrs suka derma masjid?”

Beliau buka cerita “Bro, dulu rumah saya pernah kena rompak. Saya dan kawan saya dapat tangkap itu perompak. Jam 3 pagi begitu. Saya mahu buat report polis. Tapi, kawan saya cakap jangan dulu, kita siasat dulu tu perompak.

Lepas tanya macam- macam, dan siasat sampai pergi rumah itu perompak, rupanya perompak itu betul- betul tiada pilihan. Isterinya sakit di tahan di hospital, anak serta mertuanya sangat kelaparan di rumah, anaknya masih baby lagi.

Saya dan kawan saya keluar malam- malam, pergi beli sayur, beras, mee kering dan susu junjung di kedai pakistan, kemudian bagi sama itu perompak.

Lepas 2-3 tahun, saya pergi beli baju di Segama Kota Kinabalu, saya di tegur oleh satu orang lelaki. Saya mula- mula tidak kenal, sampailah lelaki itu mengaku dia adalah perompak rumah saya beberapa tahun dahulu. Semua ahli keluarga Lelaki itu pergi jumpa dan bagi saya hadiah. Saya sangat terharu! Perkara ini betul- betul saya happy buat baik” Kata Mrs Sam.

Peristiwa tu membuatkan Mrs Sam suka tolong orang, sampai sekarang termasuklah suka potong bayaran Mycar, dan masuk ke tabung masjid pada hari jumaat. Bahkan, beliau terlibat dengan aktiviti sukarelawan bersama Unicef untuk bantu anak- anak miskin di Sabah tidak kira bangsa dan agama.

Beliau adalah seorang photograper, cuma ketika ini, beliau buat sampingan Mycar sementara menunggu beliau sihat. Kata beliau, beliau ada menghidap ketumbuhan, dan doktor minta beliau berehat sebagai photograper.

Apa yang mahu saya kongsikan di sini, saya sangat respect pada beliau, dalam keadaan beliau sakit, beliau sangat aktif membantu orang lain. Kata beliau “walaupun saya sakit, saya masih ada kereta walaupun tidak cantik, ada rumah walaupun flat. Mungkin orang yang kita bantu itu, langsung tiada rumah, dan tiada kereta. Bahkan, duit mahu makan pun mungkin tiada”

Beliau tinggalkan pesanan, jika ada baju- baju terpakai dan sudi untuk didermakan kepada anak yatim, boleh lah hubungi beliau ( nombor telefon seperti dalam kad bisnes dalam gambar).

Semoga cepat sembuh Mrs Sam. Amin!

Nota: perkongsian ini sudah mendapat keizinan daripada tuan punya badan.

#ELTY®

sumber

Be the first to comment on "Inilah Yang Dilakukan Oleh Auntie Ini Pada Setiap Kali Jumaat, Terutama Kepada Pelanggannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*