Perkongsian Terbaru Fasha Sandha Membuat Warganet Terkejuut Dan Sebaak

Perkongsian Terbaru Fasha Sandha Membuat Warganet Terkejuut Dan Sebaak….😭😭

Buruk baik, susah senang adalah antara satu tahap sesebuah pasangan itu diuji. Terbaru, ramai yang sebak melihat  perkongsian video perkawhinan yang lain dari lain oleh Fasha Sanda. Pasangan selebriti yang bahagia Fasha Sandha dan Aidil Aziz ketika ini begitu serasi dan terutama Fasha walaupun bergelar selebriti terkenal namun mempunyai sifat rendah diri dan prihatin pada sesuatu hal.

Ini dibuktikan perasaan Fasha begitu terharu melihat sepasang pengantin yang melansungkan perkahwinan walaupun si suami kurang upaya demi cinta sejati si isteri membawa suaminya dengan berkerusi roda.

Akhirnya Fasha tidak dapat menahan rasa terharu dan berguguran air mata.

Tak pernah air mata turun tak berhenti. Jenuh juga tahan untuk sembunyikan. Gugur juga air mata melihat pengantin ni. Paling kagum dengan isteri yang menerima kekurangan suami, yang tiba2 kena stroke 3 kali sebelum berlangsungnya perkahwinan. Kuatnya Dan tabahnya Yin.

Tahniah diatas perkahwinan Dan kami doakan agar Perkahwinan ini kekal ke akhir hayat Dan semoga Alif cepat sembuh. Alif ni salah seorang kawan rapat dengan suami saya. Tahniah Alif & Yin. Rata-rata warganet mendoakan pengantin lelaki ini cepat sembuh dan kebahagian perkahwinan ini hingga ke akhir hayat.

bidadari_istana Ya Allah semoga cepat sembuh.. Begitu juga dgn saya. Sakit berpuluh tahun sukar utk di ubati. Suami kahwini saya dan jaga siang malam. Menerima apa adanya saya. Allah berikan kita pasangan hidup pasti ada hikmahnya. Tahniah atas perkahwinan sahabat awak. Semoga Allah permudahkan urusan mereka dunia dan akhirat.

alhaalfa alhamdulillahhhh jodoh rahsia allah bagusnya pengantin perempuan tu.. dayahbakar Cinta tanpa syarat.. inahedward Ayaq mata kami jatuh juga..bukti cinta sejati kan..semoga mereka kekal hingga ke syurga..aminnnn.. mid_73  Sedihnya..sy pun baru lps kena minor stroke tgn kiri..melihat suami menangis saat diserang stroke sy tau dia takkan tgglkan saya walau sy mungkin x lg sempurna.. sha.kda Dia perempuan yg hebat..

 

Perkongsian terbaru Fasha Sandha membuat warganet terharu dan sebak.

Posted by BeeFly Media on Monday, September 16, 2019

 

Sumber : Ig Fasha Sandha via newscoviral

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Artikel lain : “Eh hello, bukan artis saja nak berpisah!” – Fasha Sandha ‘sekolahkan’ warganet label selebriti suka kahwin lepastu berpisah.

KISAH perceraian selebriti sentiasa mendapat perhatian warganet hingga ada segelintir pihak menganggap golongan terkenal itu lebih cenderung memilih jalan perpisahan berbanding berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka. Justeru itu, pelakon Fasha Sandha terpanggil untuk mengubah persepsi masyarakat memandangkan dia juga pernah berhadapan situasi sama suatu ketika dahulu.

“Ada juga orang kata, eh artis ni suka berpisah ke? Eh hello, bukan artis saja nak kahwin lepastu berpisah, orang bukan artis lagi banyak berpisah cuma tak masuk surat khabar saja. Sebab orang tak peduli. Artis juga selalu cuba yang terbaik untuk selamatkan perkahwinan tapi apabila tak berjaya, itu adalah takdir.

“Sekurang-kurangnya kita cuba perbaiki apa yang boleh untuk selamatkan perkahwinan. Menjadi single lebih baik berbanding bersama pasangan yang salah,” katanya menerusi Instagram pada Khamis. Sebelum ini, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 35, pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan berpisah pada 20 Januari 2016.

Selepas beberapa tahun bergelar ibu tunggal kepada dua orang anak, Fasha bertemu jodoh dengan pelakon Aidil Aziz dan pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 Mac lalu. Dalam pada itu, pelakon drama Semua Salahku ini mengakui dia berasa bangga dengan gelaran janda yang dipegangnya selama tiga tahun sebelum berkahwin semula.

Fasha kini bahagia disamping suaminya.

Kata Fasha, dia juga tidak pernah berasa malu dengan gelaran tersebut kerana ketika itu dia mampu menyara kehidupannya bersama anak-anak dengan hasil kerja keras sendiri. “Saya seorang janda sebelum ini dan saya sangat berbangga dengan gelaran itu. Sebab apa? Sebab saya janda yang berkerjaya, cari duit untuk keluarga, tak meraih simpati dan kuat.

“Tak ada apa nak malu pun dengan gelaran janda itu. Sekarang Allah bagi peluang kedua untuk menerima pasangan baru. Ini pun pinjaman daripada Allah, cuma apa yang saya buat, selalu berdoa agar pinjaman kali ini berkekalan hingga akhir hayat,” ujarnya. Fasha juga memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada semua peminat serta saudara perempuannya agar membuat simpanan kewangan untuk persediaan di masa hadapan.

SUMBER : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Be the first to comment on "Perkongsian Terbaru Fasha Sandha Membuat Warganet Terkejuut Dan Sebaak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*