“Demimu sayang..” – Sedang H4mm!I, Isteri Mengiid4am Jadi Penghantar Makanan

Haritu ada baca bini mengidam nak naik UFO tapi yang ni lain sikit ye hihi 😊

DEMI memenuhi permintaan isteri yang mengidam untuk menjadi penghantar makanan, suami terpaksa merelakan isteri tercinta menunggang motosikal walaupun sedang mengandung.

Video permintaan ‘pelik’ isteri yang mengandung enam bulan itu tuIar di Twitter dan tindakan wanita itu kelakar namun mengundang bahhaya.

Zulfahani Zulkifli, 25, berkata, pada mulanya permintaannya itu tidak dilayan suami, Muhammad Haikal Mazlan, 27, namun berikutan dia mengidam menjadi penghantar makanan, suaminya akur.

“Dah lama saya mengidam sejak awal mengandung tetapi suami tidak izinkan.

“Saya teringin sebab rasa seronok melihat penghantar makanan bawa pasangan hantar pesanan.

“Namun suami beri pelbagai alasan konon pannas dan beg berrat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

“Bagaimanapun sejak mengandung suami hantar dan ambil saya dari kerja di Damansara Damai.

“Tetapi Jumaat lalu suami tidak sempat hantar dan saya menunggang motosikal sendiri ke tempat kerja, balik kerja suami datang untuk menemani sekali.

“Berikutan kami sudah membawa dua motosikal, saya minta suami ‘on’ aplikasi hantar makanan itu walaupun pada mulanya dia tidak mahu sehingga saya memujuknya,” katanya.

VIDEO :

Zulfahani berkata, akhirnya suaminya akur dan terdapat satu pesanan masuk ke lokasi berhampiran iaitu jarak hanya 10 minit dari tempat kerjanya.

“Saya kemudian menunggang motosikal suami dan dia mengekori belakang. Setibanya di kediaman pelanggan, suami menghantar pesanan itu.

“Selepas itu, saya meminta dia ‘on’ lagi untuk pesanan kedua, namun dia tidak bagi dan terus ‘off’ kemudian mengajak pulang. Suami tegaskan, ia kali pertama dan terakhir,” katanya.

Katanya, dia berterima kasih kepada suami yang melayani permintaan peliknya ketika mengandung.

“Ramai cakap bhaya, namun suami memang ikut rappat di belakang saya sepanjang 10 minit perjalanan ke rumah pelanggan,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Harianmetro via CelotehSaje

 

Be the first to comment on "“Demimu sayang..” – Sedang H4mm!I, Isteri Mengiid4am Jadi Penghantar Makanan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*