“Bila Ratu Rock Jadi Muslimah ..” Kongsi Foto Tunai Umrah, Ramai Puji Wajah Berseri Ella & Suami.

Ella dan family tunai umrah 😉😉👍

Ratu rock , Ella Aminuddin baru-baru ini ada memaklumkan buat peminatnya yang dia kini sedang menyambut bulan ramadan di tanah suci Mekah.

Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin ada berkongsi beberapa keping gambar ketika berada di tanah suci Mekah bersama keluarga tercinta.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kami bermusafir ke bumi anbiya. Beberapa hari di Madinah melepas rindu sebelum berangkat menuju ke Mekah . Semoga anda semua bakal dapat berkunjung ke mari untuk ziarah mahupun melengkapkan rukun islam ke 5 , mengerjakan haji di mekah . . Ella ucapkan selamat menikmati bulan Ramadhan. Kekal positif , kerana hidup ini terlalu singkat! #masjidnabawi #peaceloverindu ❤️ Dress by @cintaabaya

A post shared by Ella Aminuddin (@ellaaminuddin) on

Di samping itu, peminat turut meluahkan rasa terharu apabila melihat perkongsian penyanyi yang terkenal dengan lagu Retak itu.

Terdahulu Ella dan suaminya melawat kem pelarian Palestin dan Syria di Lubnan  apabila pasangan itu dilantik sebagai Ikon Kemanusiaan, Kedamaian Kemanusiaan Berhad (KKB).

Sepanjang lawatan di sana, a Ella dan suaminya melawat beberapa keluarga untuk berkongsi kisah mereka berdepan cabaran hidup sebagai pelarian, selain ke sekolah dan mengagihkan bantuan makanan di kem.

Foto : Instagram Ella Aminuddin/ MH

Be the first to comment on "“Bila Ratu Rock Jadi Muslimah ..” Kongsi Foto Tunai Umrah, Ramai Puji Wajah Berseri Ella & Suami."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*