Bapa Saudara Buka Cerita Yang Dia Tak Sedap Hati Apabila Mohd Zahir Hadiahkan Celoreng Berdrah Kepadanya Sebelum Ini

“Saya terkejut apabila dihadiahkan celoreng berdar4h” – bapa saudara

Siapa sangka celoreng berdar4h yang diberikan Mejar Mohd Zahir Armaya kepada bapa saudaranya, Azman Aman Ramlie pada Ogos lalu mungkin petunjuk bahawa Allahyarham akan pergi buat selamanya.

Sungguhpun terkejut dengan pemberian itu, Azman bagaimanapun tidak mahu memikirkan dengan terlalu serius mengenainya.

“ Saya terkejut apabila dihadiahkan celoreng berdar4h pada awal bulan lalu sebagai tanda buah tangan yang dibawa pulang dari Indonesia.

“ Masa tu saya dah rasa lain dan tertanya-tanya kenapa ia dinamakan begitu. Sejujurnya saya dah tak sedap hati.

“ Malah kira-kira dua minggu lalu Allahyarham ada berkunjung ke rumah dan berkata tidak tahu bila lagi kami dapat berjumpa, mungkin itu petanda dia akan pergi buat selamanya,” katanya kepada mStar.

Azman ditemui di Masjid Muhamad Al-Fateh Kem Wardieburn, Kuala Lumpur.

Turut hadir ialah keluarga Allahyarham termasuk bapa yang juga pelakon lagenda, AR Badul serta pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jen4zah Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya tiba di Masjid Kem Wardieburn, Jalan Genting Kelang.

Allahyarham Mohd Zahir dibawa ke Kem Wardieburn untuk disembahyangkan sebelum dihantar ke tanah Perkub0ran Tambun, Perak untuk disemadikan.

Sementara itu pelakon veteran terkenal, AR Badul memberitahu dia berbangga dengan semangat dan keberanian anaknya, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya menyertai pasukan tentera demi untuk berbakti kepada negara.

Reda dengan pemergian arwh, Badul berkata dia tidak menyangka anaknya itu mempunyai daya ketahanan yang tinggi sehingga berjaya menganggotai pasukan komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas (GGK).

“ Ramai orang bergurau dengan mengatakan anak saya minat untuk menjadi anggota tentera selepas dia menonton lakonan saya dalam filem Prebet Lapok.

“ Tapi sejujurnya saya memang tak sangka dia akan jadi komando. Tiba-tiba sahaja dia jemput saya untuk hadir ke perbarisan tamat latihan.

“ Walhal fizikalnya biasa sahaja, namun tak sangka dia mampu mengharumkan nama keluarga dengan pencapaiannya,” kata AR Badul kepada mStar.

Prebet Lapok adalah filem lakonan AR Badul bersama Allahyarham Datuk Aziz Sattar yang ditayangkan pada 1979.

AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 70, ditemui di Masjid Muhamad Al-Fateh Kem Wardieburn, Kuala Lumpur.

Allahyarham Mohd Zahir dibawa ke sini untuk disembahyangkan sebelum dihantar ke tanah Perkub0ran Tambun, Perak untuk disemadikan.

Mohd Zahir meninggaI dvnia selepas terkena temb4kan dalam demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah pada Rabu.

Allahyarham menghemb0skan naf4s terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada 9.28 pagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Citer Santai

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Bapa Saudara Buka Cerita Yang Dia Tak Sedap Hati Apabila Mohd Zahir Hadiahkan Celoreng Berdrah Kepadanya Sebelum Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*