Rakaman Pegawai Imigresen Tammpar Pekerja Indonesia Dalam Bas. Ini Sebenar Yang Terjadi

(Video)Betul Ke Kene Tampaar Tu? Cer Korang Yang Nilaikan Sendiri..

 

SHAH ALAM – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan pegawainya melakukan kekeerasan dengan menammpar seorang pekerja warga Indonesia ketika operasi bersepadu dijalankan di Seberang Prai, Pulau Pinang semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, sebaliknya pegawai yang terlibat hanya menepuk tempat duduk pekerja itu selepas berlakunya provookasi.

“Semasa pemeriksaan dibuat, ada dalam kalangan pekerja Indonesia ini tidak membawa dokumen. Jadi apabila soalan dilontarkan, elemen-elemen provookasi ditimbulkan. Maknanya mereka enggan memberikan kerjasama. Ini maklumat awal yang saya peroleh.

Bagaimanapun, Khairul berkata, beliau tetap mengarahkan Pengarah Imigresen Pulau Pinang menjalankan siasatan.

Ditanya adakah pekerja warga Indonesia itu tidak memiliki dokumen sah, beliau berkata, dokumen mereka disimpan oleh majikan.

“Kita kemudiannya melepaskan semua selepas majikan membawa dokumen mereka ke Jabatan Imigresen,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook dipercayai warga Indonesia dengan nama Dewi Kholifah memuat naik video berkenaan yang berdurasi 28 saat dengan lapan keping gambar ketika operasi bersepadu dijalankan.

Dewi Kholifah membuat dakwwaan petugas Imigresen Malaysia menammpar pekerja warga asing Indonesia sambil mengeluarkan perkataan tidak sewajarnya.

“Pegawai Imigresen bukan menggunakan kekeerasan terhadap pekerja Indonesia berkenaan. Dia dikatakan menepuk tempat duduk bas. Video itu dirakam daripada belakang. Tidak nampak dia melakukan kekeerasan terhadap pekerja Indonesia berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Khairul berkata, adalah menjadi lumrah JIM menerima provokasi daripada warga asing.

“Saya sering berpesan kepada pegawai-pegawai Imigresen supaya terus profesional. Provokaasi itu selagi tidak melibatkan penggunaan kekeerasan fizikal, mereka mesti tidak melayan provookasi-provookasi berkenaan,” katanya.

Video Yang Menjadi Tular

 

“TKW Indonesia di tampar petugas imigrasi malaysia”Kejadian ini kemarin pagi 28/8 saat pekerja wanita mau berangkat kerja di sebuah pabrik di daerah penang malaysiaSalah satu pekerja tdk membawa dokumen lengkap lalu petugas imigrasi menampar TKW tsb diketahui semua pekerja itu legal bukan ilegal.Pekerja asal indonesia banyak yang protes atas kelakuan petugas tsb hingga video ini viral di medsos

Posted by ICNmedia on Wednesday, August 28, 2019

 

Sumber : Sinar Harian

 

Be the first to comment on "Rakaman Pegawai Imigresen Tammpar Pekerja Indonesia Dalam Bas. Ini Sebenar Yang Terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*