Isu Isteri Fail Perceraiian, Setelah Berdiam Diri Sharnaaz Tampil Buka Mulut

” Bersepah Orang Telefon Saya Dan Bercakap Mengenai Hal Ini…Meh Ceq Nak Habaq !!

 

DEMI menjaga hati kedua-dua belah keluarga, pelakon Sharnaaz Ahmad berkata dia masih belum bersedia berkongsi secara terbuka mengenai status rumah tangganya dengan isteri, Noor Nabila.

Menurut Sharnaaz, 34, dia bimbang sebarang kenyataannya itu kelak hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Buat masa ni saya belum bersedia bercerita tentang hal ini sebab ia hanya andaian jadi tak berani nak cakap takut mudaratkan lagi keadaan.

“Saya tahu saya banyak bercakap tentang benda-benda begini tapi ini soal keluarga, saya tak mahu cakap lebih.

“Apa yang saya tahu hari ini bersepah (ramai) orang telefon dan bercakap fasal hal ini,” katanya kepada mStar.

Sharnaaz ditemui semasa tayangan perdana filem Wangi yang diadakan di MM Cineplex, eCurve, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Gosip mula timbul apabila Nabila dikatakan memfailkan perceraian setelah memuat naik sekeping foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta, di Instastory miliknya.

Foto mahkamah yang dikongsi Nabila mengundang spekulasi netizen.

Wanita berkenaan juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga.

Sebelum itu, menerusi laporan Berita Harian, Sharnaaz berkata apa jua yang berlaku dalam rumah tangga mereka, keutamaannya tetap terhadap anaknya, Jebat.

“Walau apapun yang berlaku, Jebat tetap akan berada di sisi sampai saya menutup mata.

Anak tetap menjadi keutamaan Sharnaaz.

“Buat kali pertama dalam hidup, saya tidak dapat hendak mengungkapkan perasaan sendiri, ketika ini. Saya bagai kehilangan kata-kata dan tak tahu nak cakap apa. Saya rasa kosong.

“Apa yang terbayang dalam fikiran adalah anak saya. Itu sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini timbul desas desus kononnya perkahwinan Sharnaaz dan Nabila berdepan masalah, namun perhubungan mereka dilihat semakin pulih sejak Februari lalu.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, pada Ogos tahun lalu.

Sumber: Mstar

 

Be the first to comment on "Isu Isteri Fail Perceraiian, Setelah Berdiam Diri Sharnaaz Tampil Buka Mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*