Terengganu terima tetamu lagi, ikan paus pilot sirip pendek muncul di Pulau Perhentian

Depa dah berpakat ni nak buat trip pi Ganu…

Sejak akhir-akhir ini macam-macam terjadi di Terengganu, terdahulu tular ikan lumba-lumba pembunuh di perairan pantai, kemudian digemparkan pula dengan kedatang dua ekor harimau dan diikuti dengan kemunculan beruang.

Kes yang terbaru pula, sekumpulan paus Paus Pilot Sirip Pendek atau nama saintifiknya Globicephala macrorhynchus telah muncul di perairan berhampiran Pulau Perhentian.

Sedang Migrasi…

Mengikut maklumat yang diberikan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), spesies mamalia marin itu menjadikan Laut China Selatan sebagai laluan migrasi.

Imej spesies tersebut berjaya dirakam oleh sekumpulan nelayan tempatan yang sedang menangkap ikan. Dapat diperhatikan mereka bergerak secara berkumpulan merentasi perairan itu.

Spesies terancam perlu dipelihara

Kali terakhir Paus Pilot Sirip dilihat muncul di perairan Malaysia adalah pada tahun 2013, apabila spesies itu ditemui mati terdampar di perairan Sarawak. Manakala pada 2015, di Labuan.

Mamalia yang boleh mencecah ukuran 3 hingga 7 meter dengan berat 1 hingga 3 tan, dikategorikan sebagai spesies marin yang terancam.


Justeru, pihak DOF berharap agar orang awam dapat menyalurkan maklumat, jika menemui spesies terancam sama ada masih hidup atau yang telah mati.

Tahun melawat Terengganu ke ni?
Ramai yang mempersoalkan tentang kehadiran paus ini ke perairan Terengganu, malah ada yang mendakwa mungkin habitat asal spesies ini tidak selamat atau terancam menyebabkan mereka bermigrasi.

Mungkin bakal berlalu sesuatu di habitat asal

Haiwan sensitif terhadap perubahan cuaca, mungkin sebagai petanda

Sumber : Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) / OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

 

Be the first to comment on "Terengganu terima tetamu lagi, ikan paus pilot sirip pendek muncul di Pulau Perhentian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*