“Alhamdulillah Tercapai Hajat Mak Ke Sana..” – Abam Bocey

Alhamdulillah.. Gembira Abam dapat bawak mak pergi tanah suci..

Pelawak Abam Bocey kini semakin berjaya sebagai pelawak yang dikenali ramai dan amat popular.

Abam juga membuktikan dia bukan pelawak biasa apabila telah merangkul anugerah utama dalam kategori Pelakon Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama dua tahun berturut-turut. Satu pencapaian yang amat membanggakan.

Apabila kejayaannya dalam bidang seni, Abam tak lupa dan sentiasa mengingati jasa keluarga terutama ibunya.

Dalam perkembangan terkini, Abam telah meluahkan rasa gembira dan syukur apabila dapat menunaikan hajat ibunya untuk mengerjakan ibadah umrah.

Lalu, Abam turut berkongsi kenangan terindah di tanah suci bersama keluarga tersayang itu menerusi akaun Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Yang tinggal dijaga… Yg pergi di doakan… Alhamdulillah tercapai hajat mak kesana… Alhamdulillah #pendosa #pendosadunia #misimengecil #gemokisawesome #keciluntukibadah #taksukabolehjalan #jangansibukhalorang #kitabaikramaisayang #boceyMLM2018 #gshock #gshockmalaysia #SIKASIH

A post shared by ABAM™ BOCEY (@abam_bocik) on

Ini tulis Abam:

“Yang tinggal dijaga… Yg pergi di doakan… Alhamdulillah tercapai hajat mak kesana… Alhamdulillah”

Ini komen Abam lagi:

“Janji mereka tersenyum itu dah cukup menghiburkan…. Bukan mencari segunung impian… Ckup sekadar memenuhi senyuman…. Bukan hidup tidak berteman…. Hidup ini perlu bertuhan… Alhamdulillah

Abam juga telah berterima kasih kepada layanan yang diterima ibunya ketika berada di dalam kapal terbang.

Ini katanya tentang perjalanan ketika menunaikan ibadah umrah:

“Kerusi ekonomi layanan first class…. Terbaikkk crew kabin MAS…. Terima kasih layan mak sy..

Di ruangan komen pula, rata-rata peminat turut gembira dan bahagia melihat foto tersebut.

Orang ramai dilihat memuji cara Abam untuk menghargai jasa ibunya. Tahniah buat Abam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Sumber: Instagram Abam

 

 

1 Comment on "“Alhamdulillah Tercapai Hajat Mak Ke Sana..” – Abam Bocey"

  1. Inilah jasa seorang anak kepada emaknya yang telah terlebih dahulu berjasa kepada anaknya. Kasih ibu tetap membawa ke Syurga. Apa yang kita ada pada hari ini adalah telah disediakan oleh ibubapa kita kepada kita kerana tanpa didikan dan restu mereka kita tidak tahu kemana arah kehidupan kita.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*