Aliff Syukri Nak Beli Kereta Baru Sebagai Hadiah Untuk Isteri HamiI

Wah untunglah Datin Shahida 😊

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri ingin membelikan kereta baru buat isterinya, Datin Seri Nur Shahida.

Perkara itu dikongsi Aliff menerusi sebuah video yang dimuat naik di entri akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Menurut Aliff, dia mahu menghadiahkan kereta kepada isterinya sebagai tanda penghargaan kepada Shahida yang kini sedang hamil dan sentiasa menjadi isteri dan ibu yang baik.

“Nak belikan kereta apa ya yang sesuai untuk wife abang? Cer beri pendapat korang.

“Abang nak beli..hadiah untuk wife abang sebab mengandung bby baru, menjadi wife yang baik,” tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Aliff menambah, dia percaya dengan kebaikan dan ganjaran yang akan diterima jika berbelanja untuk isteri dan ibu.

“Abang percaya, bia kita memberi lebih kepada isteri dan juga ibu kita, rezeki akan lebih murah sebab tu daripada dulu kalau abang ada rezeki lebih abang akan reward wife abang dan juga mak abang,” tulisnya lagi.

Dalam video terbabit, Aliff menunjukkan perbualannya bersama isteri, anak serta beberapa orang pekerjanya mengenai perkara itu.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan mendoakan Aliff agar sentiasa dimurahkan rezeki.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. . abg nak beli.. hadiah utk wife abg sbb mengandung baby baru.. menjadi wife yg baik… ibu yg baik… Abang percaya bila kita memberi Lebih kepada isteri dan juga ibu kita rezeki akan lebih murah sebab tu daripada dulu kalau abang ada rezeki lebih abang akan reward wife abang dan juga mak abang apa pun doakan abang ada rezeki lepas ni abang akan belikan wife abang kereta baru dan bas baru untuk keluarga oh abang kosmetik . . . Kepada korang yang ingin menonton kehidupan Abang satu family.. Jangan lupa subcride YouTube abang tvTelajak laris. Abang selalu uplod video yang terbaru, lebih panjang dan menyeronokkan. Kepada anda yang subcribe YouTube TV Telajak laris anda bakal mendapat hadiah berupa iPhone tau. Dah Subcride ke belum

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi.

Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press
Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Aliff Syukri Nak Beli Kereta Baru Sebagai Hadiah Untuk Isteri HamiI"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*