Isteri Buat Suprise, Fad Bocey Terima Kejutan Tak Disangka.

ok tak membazir jual ducati beli NVX..banyak jimat

Penyampai radio ERA dan pelawak kumpulan Bocey, Fad telah menerima sebuah skuter Yamaha NVX 155 sebagai hadiah daripada isterinya, Nur Syahirah A Rahman.

Menerusi entri di Instagram (IG), Syahirah berkongsi sepotong video kejutan yang dilakukan baru-baru ini sebagai ganti apabila Fad mahu menjual moto Ducati kesayangannya.

“Setelah berminggu plan akhirnya sampai. Semuanya dipermudahkan. Kisahnya sebab dia nak jual Ducati atas sebab motor tu beli hanya dimanjakan dekat rumah. Takut sangat nak bagi ride jauh-jauh.

“Kesian pula tengok dia sayang nak jual Ducati. Jadi kita suprise bagi si biru supaya dia tak rasa kehilangan sangat. Hope you happy with this daddy.

“Thank you abang Jan dan kak Liza tolong carikan moto. Moga Allah balas jasa kalian. Thank you @acheykintangkintung dan @faheem_ocok51 sebab mudahkan urusan ambik dan hantar motor sampai ke depan rumah.

“Happy bila dapat buat orang yang kita sayang happy tapi dapat jual Ducati jangan lupa ganti balik duit. Ingatkan harga moto RM3,000 ja rupanya rabak weh duit simpanan,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Setelah berminggu plan akhirnya sampai .semuanya dipermudahkan .kisahnya sebab dia nak letgo ducati atas sebab moto tu beli hanya dimanjakan kt rumah .tkot sgt nk bgi ride jauh2 .kesian pulak tgok dia sayang nak jual ducati .jadi kita suprise bagi si biru supaya dia tk rasa kehilangan sgt 😝 .hope you happy with this daddy ❤️❤️❤️ . Thank you abg jan dan kak liza tolong crikan moto @fawzanliza .moga Allah balas jasa kalian . . Thank you @acheykintangkintung and @faheem_ocok51 sebab mudahkan urusan ambk dan hantar moto smpai kedepan rumah .korang cri la diorang klu perlukan bike towing .tip top .tak dibayar utk puji tapi servis puas hati . . Happy bila dapat buat org yg kita sayang happy .tapi dpt jual ducati jgn lupa ganti balik duit 😝😝😝😝 ingtkan harga moto 3 ribu ja rupanya rabak weh duit simpanan 😏😏😏😏 . My video editor is @noorinora 😘

A post shared by Syaheera (@syaheeraarahman) on

Rata-rata kagum dengan pasangan ini dan mendoakan kebahagiaan serta kesihatan mereka sekeluarga.

“@5_xsal: Phewww. Terbaik. Moga dimurahkan rezeki korang semua bersama anak-anak tercinta.”

“@alyanazri_:Awwww semoga kakak selalu dimurahkan rezeki.”

“@husen: Semoga hubungan yang dikekal bahagia dan sentiasa dimurahkan ezeki. Untung Fad.”

Fad dan Syahirah mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2015 dan mereka telah dikurniakan dua orang anak kembar lelaki dan seorang anak perempuan.

Dalam perkembangan lain, Fad kini muncul dalam program Muzikal Lawak Superstar (MLS) bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press
Sumber: Gempak

 

Be the first to comment on "Isteri Buat Suprise, Fad Bocey Terima Kejutan Tak Disangka."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*