J3nazah suami isteri dihempap tangga & janin dikebumi satu liang lahad

Lagi sebulan nak timang cucu, sempat dukung kat kubur je 😓💔

Jenazah suami isteri dihempap tangga & janin dikebumi satu liang lahad

Susulan pasangan suami isteri yang maut akibat runtuhan tangga, kedua-dua jenazah dan janin dalam kandungan telah dikebumikan pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lembah, Pasir Puteh.

Wan Hasheliza Wan Ibrahim, suaminya Shahril Apipie Mokhtar dan janin yang berusia lapan bulan itu dikebumikan dalam satu liang lahad.

Posting salah seorang arwah Shahril Apipie

ALHAMDULILLAH JENAZAH 3 BERANAK YANG DITIMPA MUSIBAH SEMALAM SELAMAT DIKEBUMIKAN DI KG BELAH PIHAK PEREMPUAN.JENAZAH…

POSTED BY MUHAMAD SYAMIR IQBAL ON SUNDAY, JULY 21, 2019

Namun bapa arwah Wan Ibrahim Awang Kechik berkata, dia menerima takdir dengan pemergian anak kedua daripada lima beradik bersama menantu serta cucunya itu.

“Siapa yang tidak sedih apabila kehilangan tiga orang tersayang serentak, tambahan pula anak sulung, Wan Hashimah baru saja meninggal dunia Ogos tahun lalu.

“Bagaimanapun, pak cik terima ketentuan Illahi dan menganggap apa yang berlaku ini sudah takdir mereka,” katanya.

Sumber : Harian Metro , Muhammad Syamir Iqbal

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "J3nazah suami isteri dihempap tangga & janin dikebumi satu liang lahad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*