10 tahun belajar semua agama, lelaki ateis & isteri pilih Islam temui segala dalam Quran

“Kamu dah separuh Muslim sekiranya mempercayai tiada Tuhan, kerana Muslim percaya tiada Tuhan selain Allah” 👍🏻👍🏻

10 tahun belajar semua agama, lelaki ateis & isteri pilih Islam temui segala dalam Quran

Tidak dapat dinafikan lagi kehadiran golongan ateis di atas muka bumi ini. Mereka bukan sahaja tidak mengakui kewujudan Tuhan, malah hanya berpegang dengan keadaan logik semata-mata.

Namun bagi Cedric Lim, dia yang dahulunya pernah menjadi seorang anti-agama menemui jalan penyelesaian terhadap segala kekusutan dengan mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam baru-baru ini.

Menerusi Facebook, lelaki yang memilih nama Muhammad Daniel Lim itu berkongsi perjalanan hidup sehingga nekad untuk mengucap dua kalimah syahadah bersama isterinya, Siti Khairiyah Wang.

“Pernah fikir agama tu mengarut, akhirnya menjadi seorang Muslim”

Menganut agama Buddha, isteri pula Kristian

Menurut lelaki berasal dari Singapura itu, dia mengambil masa lebih 10 tahun bagi mengkaji dan mempelajari pelbagai agama dan kitab suci namun tidak dapat menerima amalan yang disusun serta dipraktikkan.

Belajar hampir 10 jenis kitab suci

“Saya lebih suka hidup dalam penafian bagi mempercayai kewujudan Tuhan dan boleh lakukan tanpa sebarang agama pada ketika itu,” tulisnya.
Mahu dijadikan cerita, dia menyedari bahawa belum membuka dan membaca al-Quran sepanjang proses ‘pencarian’ itu ketika berbincang tentang keagamaan dengan salah seorang rakan Muslimnya.

Perasaan ingin tahu semakin dirasai

“Kamu sudah separuh Muslim sekiranya mempercayai tiada Tuhan, kerana Muslim percaya tiada Tuhan selain Allah yang mencipta semua kewujudan.

“Dia adalah mutlak, tiada jantina, tiada ibu bapa atau anak dan tiada apa kamu boleh bayangkan,” kata rakannya itu.
Mula membaca al-QuranTerjumpa banyak fakta saintifik

Dan akhirnya…

Kisah luar biasa itu tular dengan mendapat hampir 10,000 perkongsian dan 19,000 tanda suka di Facebook dimana rata-rata mengucapkan syukur atas petunjuk Allah SWT yang diberikan kepada pasangan tersebut.

Sumber : Cedric Lim / OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "10 tahun belajar semua agama, lelaki ateis & isteri pilih Islam temui segala dalam Quran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*