“Sepanjang hidup, tak pernah air mata saya mengalir sebanyak haritu” Dr. Say & Isteri Berhenti Hantar Anak Ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak. INI Puncanya

“Sepanjang hidup, tak pernah air mata saya mengalir sebanyak haritu” Dr. Say & Isteri Berhenti Hantar Anak Ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak. INI Puncanya

Pengacara My Doctors, Dr. Say Shazril terpaksa akur anaknya, Aezriel tidak sesuai untuk dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak atau rumah pengasuh.

Menurut Dr. Say, bayinya yang baru berusia dua bulan itu mengalami masalah jangkitan paru-paru yang agak kronik selepas dihantar ke rumah pengasuh.

Anaknya yang sedang ditahan selama lapan hari di hospital itu terpaksa berjuang dengan penyakitnya sehingga hampir perlu diberikan bantuan pernafasan.

Melihat keadaan anaknya itu, Dr. Say dan isteri Dr. Azura Abas membuat keputusan untuk menjaga anak mereka sendiri.

“Perjalanan Bukan Selalunya Seperti Perancangan

“Seperti yang sedia maklum, baby saya Aezriel masuk hari ke-8 warded di Hospital Serdang akibat jangkitan paru-paru.

“Disebabkan apa yang berlaku kepada Ace & atas nasihat pakar kanak-kanak, saya dan bini decide yang its best untuk kami jaga baby sendiri.

“Bukan saya salahkan daycare malah saya pejuang tegar daycare because honestly saya lagi prefer hantar Ace ke situ sebab interaction & education di daycare lebih tiptop daripada apa saya & bini boleh berikan kepada dia.

“Namun pakar menasihati agar at least jaga Ace sendiri sehingga 6 bulan cause mengikut pengalaman mereka budak berumur bawah 6 bulan, boy & bam bam lebih mudah terkena jangkitan paru-paru ditambah sekiranya ada keturunan asthma/resdung/eczema ia akan menerukkan lagi keadaan & ternyata tepat kata-kata pakar kerana pada hari ke-3 admission kesihatan Ace merudum teruk sehingga dia hampir diberikan bantuan pernafasan akibat paru-parunya menjadi terlalu sempit (bronchospasm).

“Lepas kejadian itu bini terus bertekad untuk quit & saya tidak teragak-agak terima keputusannya. Mesti anda pikiaq “apadaa sebelum ni cakap lain, sekarang cakap lain” tapi sekiranya anda berada di tempat kami & melihat anak anda tercungap-cungap gasping for air sehinggakan badannya terlalu lemah untuk bernafas & melihat segala tiub ini dipasang padanya, you would do anything just to see him well again.

“Sepanjang hidup, tak pernah air mata saya mengalir sebanyak haritu maka kami ambil musibah ini sebagai satu petanda yang its time for us to care for our own baby until he is big enough,” tulisnya.

Dr. Say berkongsi luahan rasanya di akaun Instagram miliknya

Menerusi perkongsian tersebut dia turut memuat naik foto keadaan anaknya di hospital.

Rata-rata turut bersimpati dengan keadaan anaknya itu malah mereka turut memberikan kata-kata semangat.

Dr. Say dan isterinya, Dr. Azura berkahwin pada 30 Mac 2014 dan mereka menimang cahaya mata pertama pada 5 Mei lalu.

Seblum ini ramai Netizen Persoal Pilihan Hospital, Ini Jawapan Pedas Dr Say

“Apa Salah Hospital Kerajaan? T3ruk Sangat Ke” –

Pengacara My Doctors, Dr. Say Shazril berharap tidak ada pihak memandang rendah terhadap kepakaran dan kredibiliti hospital kerajaan.

Dr. Say menyuarakan perkara itu selepas tindakan memilih hospital kerajaan untuk merawat peny@akit anaknya dipersoal netizen.

Dr. Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin memuat naik coretan itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya dengan topik ‘Apa Salah Hospital Kerajaan’.

“Topik: Apa Salah Hospital Kerajaan? Baby saya masuk wad sejak Selasa for acute bronchi1olitis (ja@ngkitan vi1rus di pa@ru2).

“Ramai yang dm saya bertanya “Kenapa gi hospital kerajaan, nape tak pergi private?”. Saya tanya balik “Apa salahnya hospital kerajaan, te3ruk sangat ke?”.

“Tak dinafikan baby saya masuk wad setelah 18 jam menunggu di kecemasan tapi adakah semata-mata sebab long waiting time ni menyebabkan hospital kerajaan mendapat reputasi sebegini? Cukup tidak adil.

“Nak kata “tak suka doktor latihan (houseman) datang tanya soalan banyak-banyak dan cucuk anak banyak kali…”

“Well semua pakar kat luar sana was once a doktor latihan dan kalau kita tak bagi mereka peluang tuk tanya soalan banyak-banyak, tuk cucuk anak kita, masa depan nanti takkan ada pakar-pakar.

“Nak kata “misi-misi hospital kerajaan kasar dan garang-garang…” Well mesti ada sebab misi jadi gitu dan sebabnya sila amik cermin tengok diri sendiri coz manusia ni simple.

“Kita tak akan kasar dan garang-garang kecuali kita berurusan dengan orang yang b3ebal. Jika anda bebal maka bebal lah layanan yang akan anda terima tapi jika anda baik nescaya manis semua misi-misi ni.

“Baby saya pada awalnya diletakkan di wad biasa dan tiba-tiba satu hari kesihatan dia merudum yang mana dia memerlukan oxygen yang kuat dan nebulization setiap jam maka dia dipindahkan ke wad kr1itikal.

“Sekiranya saya masuk hospital swasta kemungkinan besar mereka akan transfer baby saya ke hospital lain dan pertukaran memakan masa dan melambatkan rawatan.

“Atas sebab ini saya teramat bersyukur saya pilih hospital kerajaan kerana selalunya kemudahan hospital kerajaan lengkap.

“Saya tak cakap yang hospital swasta tak baguih tapi apa yang saya cuba sampaikan hospital kerajaan sama ja kebagusannya maka jangan pandang remeh hospital kerajaan k peeps? Baby saya cakap “apalaa korang ni” sambil berkerut,” tulisnya.

sumber: astrogempak

Kredit: tubeviral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "“Sepanjang hidup, tak pernah air mata saya mengalir sebanyak haritu” Dr. Say & Isteri Berhenti Hantar Anak Ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak. INI Puncanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*