Disuruh balik awal kerana anak sakit, guru tunggu suami pulang, lain yang ‘datang’… “Rupa-rupanya jasad saja yg pulang”

Suami meminta sy balik awa utk bawa anak ke klinik tp lain yg jdi… Allahu semoga diberi kekuatan utk hadapi ujian ini.

SUDAH menjadi ketentuan yang hidup pasti akan m4ti, cuma bila dan bagaimana, kita tidak pernah tahu jawabnya.

Lebih menyedihkan, apabila seseorang itu pergi buat selama-lamanya dalam keadaan mengejut dan tidak disangka.

Berkongsi cerita sedih mengenai kem4tian suaminya, Faziera Hasna Hassan mengakui sehingga kini masih tidak dapat menerima hakikat bahawa lelaki yang dikahwini lebih setahun setengah, Mohamad Nurhanif Mohyidin pergi selama-lamanya selepas m4ut dalam satu kemlangan di Kulai, Johor, Rabu lalu.

Guru muda berusia 26 tahun ini memberitahu, ketika kejadian suaminya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya.

Jelasnya, pada hari itu suaminya meminta dia pulang lebih awal kerana anak mereka, Mohamad Aryan Mikail tidak sihat dan akan dibawa ke klinik.

Disuruh balik awal kerana anak sakit, guru tunggu suami pulang, lain yang ‘datang’… “Rupa-rupanya jasad saja yg pulang”

Faziera memberitahu suaminya terlibat dengan kemlangan ketika perjalanan pulang dari tempat kerja.

“Saya menunggunya di rumah bersama anak, tapi lain pula yang datang. Ada orang datang di rumah dan beritahu suami saya kemlangan tanpa bercerita keadaannya.

“Saya terus tinggalkan anak dengan pengasuh dan bergegas ke tempat kejadian yang terletak lebih kurang setengah jam dari rumah.

“Sampai di sana pihak bomba beritahu suami telah dibawa ke hospital, di situ juga saya menangis dan meraung,” beritahunya kepada mStar.

Faziera berkata, sebaik tiba di hospital dia begitu hiba melihat keadaan badan suaminya yang dipenuhi wayar dan bergantung dengan mesin pernafasan.

“Agak lama juga dia bertarung nyawa, namun akhirnya suami tidak dapat diselamatkan. Sukar untuk gambarkan perasaan sedih ketika itu.

“Saya menunggu dia pulang, rupanya di sini pengakhirannya,” ujar Faziera.

Menurut Faziera, kemlangan melibatkan suaminya itu berpunca daripada sebuah kenderaan pacuan empat roda yang cuba memotong tetapi tidak berjaya.

Disuruh balik awal kerana anak sakit, guru tunggu suami pulang, lain yang ‘datang’… “Rupa-rupanya jasad saja yg pulang”

Perkongsian Faziera mengundang sebak pengguna Facebook.

Faziera berkata, kesedihan semakin dirasai apabila melihat anaknya yang berusia lapan bulan dan rapat dengan bapanya sering menangis seolah-olah tercari-cari arwah.

“Memang rasa sunyi sejak kehilangannya tetapi saya perlu kuat untuk anak kami. Cuma beberapa hari lalu (Ahad malam) saya mimpi arwah datang ketika saya tidur.

Disuruh balik awal kerana anak sakit, guru tunggu suami pulang, lain yang ‘datang’… “Rupa-rupanya jasad saja yg pulang”

Faziera berkongsi gambar Aryan bersama papanya.

“Dia ada cakap cintakan saya sangat dan apabila saya tanya, ‘kenapa tinggalkan saya dan anak’ dia hanya tersenyum. Wajahnya sangat tenang.

“Saya tersedar selepas terdengar anak menangis. Dan mimpi itu sekurang-kurangnya sedikit sebanyak mengurangkan kesedihan hati saya ini.

“Saya tahu dia berada dalam keadaan yang baik di sana,” tambahnya.

Kisah sedihnya ini turut mendapat simpati daripada pelayar-pelayar Facebook yang rata-rata memberi kata-kata semangat kepada wanita ini.

Posting luahan hati Faziera ketika melawat pusara suaminya Jumaat lalu itu mendapat lebih 600 perkongsian.

Kredit mstar online.

Berikut pengkongsian Faziera Hassan di Fb.

Satu je aku pegang “orang yang baik” Tuhan ambik dulu.
Walaupom berat untuk terima, itu lah hakikat sebenar.

Belum puas merasa kasih sayang suami, dia dah pergi. Aryan belom puas merasa kasih sayang papa, papa dah pergi. 8 bulan usia dia dah membesar dengan status anak yatim. Aku tak kuat, rebah tersungkur rasa hilang separuh dari nyawa ni, namun terpaksa gagahi untuk aryan. Besar tanggungjwab aku skrang, aku lah mama aku lah papa. Amanah yang arrwah tinggalkan untuk aku. Inshallah selagi ada kudrat, aku akan didik aryan jadi orang yang baik macam papa dia.

Sayang, awak suruh saya tunggu kat rumah sebab dah janji nak bawak adk g klinik kan. Sy dgn adik tunggu awak, tapi orang lain yang datang yang. Datang bawak berita pasal awak, awak tahu apa perasaan saya yang, rasa nafas saya yang terhenti sekejap. Kat rumah anak demam, kat luar suami kemlangan. Susah yang untuk saya plih yang mana patut sy utamakan. Tapi Allah hantar orang yang baik untuk jaga Aryan.

Saya pegi yang cari awak sebab takde sorang pom boleh bagitau saya macam mana keadaan awak. Sampai sana lagi sekali hati saya hancur yang tengok keadaan kereta awak, sy dah fikir awk mmang dah takde. Tapi bomba tu tipu sy, dia ckp awk okey. Cuma cedera kat kaki je. Tarik nafas lega saya yang.

Saya pegi cari awak kat hospital, tapi dorang tak bagi saya masuk yang. KEeJAM kan yang, bkn sy x nak ada di sisi awak yang saat awak bertarung nywa, tapi dorang tak bagi yang. Sy mintak sy mintak dan mintak nak tgk awak, baru dorang bagi. Allah yang sekali lagi hancur hati saya tgk awk, wayar berselirat. Nafas pakai mesin, tak sanggup saya tgk yang. Sya suruh awak ckp yang awak akan selalu ada untuk sy dgn adik, tapi awak x mampu nak cakap kan yang. Tapi saya tahu awk dgr masa sy bisikkan kat telinga awk supaya awk kuat untuk saya dgn adik. Saya tahu awk kuat yang.

9 jam awak bertarung nywa, 4 kali jantung awk berhenti. Tu tandanya awak memang kuat untuk saya dengan adik. Saya tahu yang awk dah berjuang tapi awak skit sangat. Tgk keadaan awk sy tak sampai hati yang. Satu je doa saya masa tu, semoga Allah ambik awak dengan baik dan tenang. Allah mendengar yang doa sy, dia ambik awk. Terlalu berat untuk sy, tapi itu lah kebaikan untuk awk.

Awk lah super hero sy yang. Kita nak kawen susah kan yang, mcm2 dugaan yang kita lalui. Tak sampai dua tahun kita berkongsi hidup sebagai suami isteri, awak dah tinggalkan sy. Belum puas yang tapi tetap sy bersyukur sebab Allah bg pinjamkan lelaki yang baik baik baik baik baik dan tersangat lah baik. Lepas ni sy tak kan jumpa lagi lelaki yang baik macam awk. Serba serbi boleh. Tak pernah cakap tak boleh kalau saya nak, mesti dan pasti awk penuhi.

Mohamad Aryan Mikail Bin Mohamad Nurhanifh ni lambang cinta kita yang. Amanah yang awak tinggalkan untuk saya. Adk demam yang, dia rindu awak. Saya bg adk peluk baju awk, dia cium yang baju awk. Dia rindu papa. Adik kan selalu tido peluk dgn yang kan. Trima kasih yang sebab selama ni awak yang jagakan adik waktu malam untuk sy. Buatkan susu adk pkul 2 3 pagi, tukar pampers adk. Kalau sy bngun sekali mesti awk sruh sy tido kan yunk. Mesti awk cakap “awk tido la, esok kan awak nak keje”. Baiknya awk yang, padahal awk keje jgak kan yang. Awk tahu kan yang sy selalu sakit2 badan, awak yang selalu sapu minyak angin kat sy kan. Lepas ni sy dah tak dapat offer “ayang awak nak sapu mnyak angin ke” .

Allahuakbar berat yang berat. Tapi saya kene kuat kene redha. Macam mmpi yang. Saya harap hari ni sy bngun ni cuma mimpi. Tp sy bngun hari ni, rupanya realiti yang pahit. Takpe la yang, awk dh penat kan. Awk rehat kat sana. Tapi awk janji jangan lupakan sy dgn adik. Tunggu sy kt sana, nanti sampai masa sy dgn adik menyusul awak. Pasti yang pasti kami akan pegi jumpa awak. Kita jumpa kat syurga nanti ye yang.

Papa,
We love u pa.

Assalamualaikum sayang mama dan adik. Dah 6 hari yang pegi, ayang baru datang. Haaaa jangan nak carut ayang, ayang tak datang bersebab. Ni ayang dengan adik dah datang tengok yang.

Tenang je ayang bila datang sini yang. Rasa tenang, rasa terubat rindu, rasa dekat dengan yang. Rasa nak peluk je yang saat ni. Dulu dapat pegang tangan yang, sekarang pom dapat jugak yang cuma sikit je berbeza. Kita semuakan dari tanah kan yang.

Awk ingat tak yang sebelum ni kita pernah bebual kan. Saya cakap saya sayang awak sangat2. Sayang sangat. Awk marah sy masa tu yang, awk cakap tak suka sy syg awk sangat2 sebab benda yang kita terlalu sayang tu la Dia ambik dulu. Betul yang awak cakap, benda yang sy amat syg tu la Dia ambik dulu. Buktinya awak pegi tinggalkan saya dengan adik.

Lepas tu awak ingat tak yang sy pernah cakap, kalau diantara kita terpaksa berpisah, saya lebih rela berpisah mati dengan awak sebab sy tak sanggup tengok awk dgn orang lain. Tapi biarlah sy yang Allah ambik dulu sebab sy tak sanggup nak rasa kehilangan awk. Tapi Allah tu maha berkuasa yang, bukan sy yang Dia ambik tapi awk yang Dia ambik.

Sakit yang, sakit yang tidak mampu diubati. Sekarang sy pikir ada hikmah awk pegi dulu. Sebab kalau sy yang pegi dulu, sy pom tak sanggup awk rasa sama macam sy rasa sekrang. Sy pom tak sanggup tgk awk sedih. Saya pom tak sanggup tengok awk seksa menahan rindu yang tidak terbalas.

Saya mencari kekuatan yang, hari hari setiap masa setiap saat saya mencari kekuatan. Untuk adik yang untuk adik. Dia perlukan ayang, macam mana tak kuat sekalipom ayang terpaksa kuat. Maafkan ayg kalau selalu bersedih dengan kehilangan yang, ayg tak berniat nak menyeksa yang. Bagi ayg masa dan ruang. Menangis sebab rindu yang, menangis sebab mencari ketenangan, menangis untuk mencari kekuatan diri.

Satu je awk perlu ingat yang, hanya awak yang pergi tinggalkan kami. Tapi hati awak kami simpan elok2 disini. Dan hati saya, saya dah serahkan pada awak pada 2 December 2017 saat sy sah jadi milik awak. Awk pernah janji kan dengan sy yang awk akan jaga sy smpai hembusan nafas terakhir awk. Terima kasih yang sebab kotakan janji.

Nanti ayang datang lagi jenguk yang. Besok ayang dah keje tapi insyallah cuti hujung minggu ayang cuba sedaya upaya untuk datang melawat yang. Hadiah dari jauh selalu ayang kirimkan untuk yang. Ayang harap hadiah2 yang ayang kirimkan ni, yang terima dengan selamat dan senang hati.

Jangan noty2. Ayg pom promise tak noty2. Tapi tu lah, kalau ayg noty2 pom dah takde orang nak tarik telinga ayang. Lepas ni tak panjang lah telinga ayang sebab dah takde orang nak tarik telinga

Bye yang, nanti datang lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Kredit Faziera Hassan.

Be the first to comment on "Disuruh balik awal kerana anak sakit, guru tunggu suami pulang, lain yang ‘datang’… “Rupa-rupanya jasad saja yg pulang”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*