Buat ‘Part Time’ Tolong Mak Cik Kantin Meniaga Masa Rehat, Pelajar Ini Jadi Tumpuan

Bukan senang nak jumpa pelajar macam ni kan..

Mempunyai minat yang mendalam terhadap ilmu perniagaan, seorang peajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Cheras, Kuala Lumpur, sanggup menghabiskan masa rehatnya, membantu seorang mak cik kantin berniaga.

Menerusi Facebook Redzwan Azizan, lelaki itu kongsi kisah pelajar berkenaan apabila dia melakukan kunjungan ke sekolah tersebut. Menurutnya, tidak ramai pelajar di Malaysia, mempunyai sikap seperti pelajar ini.

Praktis ilmu berniaga

Semasa kunjungan saya ke SMK Seri Bintang Utara tadi, saya jumpa situasi rare ni. Nama pendek pelajar ini ialah Hau. Dia sedang monolong mak cik kantin menjual roll dan ayam gunting. Apa yang rarenya? Hau sama dan tak sama dengan pelajar lain. Sama sebab semua pergi sekolah, semua dapat waktu rehat. Cuma tak sama sebab, dia ambil peluang masa rehatnya untuk melakukan aktiviti yang bermanfaat dan praktis ilmu berniaga. Waktu rehat digunakannya untuk bekerja dengan mak cik kantin.

Kerja part time ka?

Budak ni kerja part time dengan kakak ke? Tak la, dia volunteer. Dalam hati berkata, bagusnya pelajar itu. Kakak bagi dia upah? Tak la, dia yang nak tolong. Bapa dia kerja berniaga juga. Nanti kalau dia nak makan apa, dia just ambil saja ujar kakak kantin tersebut. Walaupun Hau orang cina, dia sanggup tolong mak cik Melayu. Dia turut peka dengan soal makanan sebab dia pakai glove dan serius dalam penyediaan makanan. Meskipun pelajar sebaya, senior dan junior beratur panjang, dia tenang menyiapkan pesanan dan kekal senyum. Akhir sekali, tidak ramai pelajar di Malaysia, yang ada sikap positif sebegini. Pengurusan masa, kemahiran interpersonal dan kemahiran berniaga dirinya juga dapat dipertigkatkan.

Sumber: Redzwan Azizan via ohbulan

Berikut adalah pengkongsian asal Redzwan Azizan.
Semasa kunjungan saya ke SMK Seri Bintang Utara tadi, saya jumpa situasi rare ni.

Nama pendek pelajar ni Hau. Dia sedang menolong makcik kantin menjual roll dan ayam gunting. Apa yang rarenya?

Hau sama dan tak sama dengan pelajar lain.

Sama sebab semua pergi sekolah, semua dapat waktu rehat.

Tak sama sebab dia antara yang inisiatif. Masa rehat digunakan untuk aktiviti lebih bermanfaat dan praktis ilmu berniaga.

Waktu rehat digunakannya untuk bekerja dengan makcik kantin ni.

“Budak ni kerja part time dengan akak ke?”

“Tak la, dia volunteer”

Dalam hati berkata, bagusnya.

“Akak bagi dia upah ke?”

“Tak la dia yang nak tolong. Bapak dia kerja berniaga jugak. Nanti kalau dia nak makan apa dia just ambil sajela” tambah kak kantin tu.

Tersenyumku dengan situasi ni.

1- Walaupun Hau orang Cina, dia willing nak tolong makcik Melayu.

2- Peka dengan soal makanan, dia pakai glove dan serius dalam penyediaan makanan. (mungkin dia ikut nasihat kak kantin)

3- Meski pelajar sebaya, senior dan junior queue panjang, Hau tenang menyiapkan pesanan dan kekal senyum

4- Tak ramai pelajar di Malaysia ni yang ada sikap2 positif begini. Pengurusan masa, kemahiran interpersonal dan kemahiran berniaga.

Mudah mudahan kita dapat mendidik anak2 berdikari dan kuat menghadapi cabaran.

#SifuAddMath
#pendidikannilai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

 

Be the first to comment on "Buat ‘Part Time’ Tolong Mak Cik Kantin Meniaga Masa Rehat, Pelajar Ini Jadi Tumpuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*