Seiras Sangat! Digelar Kembar, Syukri Kini Sah Tinggal Bersama Keluarga Aliff Syukri

Ya Allah murahnya hati Dato&Datin

Minggu lepas Datin Shahida berkongsikan kedatangan seorang pemuda OKU berusia 20 tahun bernama Syukri kerumahnya. Pemuda yang tidak boleh mendengar dan bercakap itu datang dari Segamat dan mencari rumah keluarga usahawanita itu sehingga jumpa kerana terlalu minat terhadap suaminya, Dato Aliff Syukri. Syukri juga ada menyatakan hasrat untuk mencari kerja dengan keluarga berkenaan.

Terbaru melalui posting Dato’ Aliff dan Datin Shahida, Syukri telah disahkan menjadi ahli terbaru keluarga pasangan jutawan kosmetik itu. Datin Shahida memuat naik satu foto Syukri sedang menikmati masakan ayam kurmanya membuatkan dia berasa senang kerana masakannya dihargai.

Dato Aliff juga ada berkongsikan momen sebaik pulang dari Thailand di mana dia meluahkan rasa bahagia dan gembira apabila disambut oleh ahli keluarga termasuklah Syukri. Apabila ditanyakan kepadanya jika Syukri terus tinggal di rumahnya, Dato’ Aliff mengiyakan perkara itu.

Selain memuji kemuliaan dan kemurahan hati pasangan Dato’Aliff dan Datin Shahida kerana menyambut Syukri sebagai ahli keluarga mereka, rata-rata netizen juga meninggalkan komen mengatakan bahawa rupa Syukri ada iras Dato’ Aliff.

“Seiras sgt…dh mcm adik beradik…”

“Mcm kembar Dato lah…”

“Mcm anak sulung syukri tu…”

Sumber: Aliff Syukri, Shahida via HCL

Terima Kasih!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Seiras Sangat! Digelar Kembar, Syukri Kini Sah Tinggal Bersama Keluarga Aliff Syukri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*