Syukur Diterima Bekerja, Rider Food Panda Krang Upaya Syukur Sering Dilayan Baik

Syukur Diterima Bekerja, Rider Food Panda Krang Upaya Syukur Sering Dilayan Baik

Semalam, viral video individu OKU menghantar makanan dipesan pelanggan dengan keadaan kaki yang terhincut hincut. Perkongsian itu menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya kagum dengan kesungguhan lelaki berkenaan.

Menerusi Harian metro rider yang dikenali Amri itu tidak menyangka videonya mendapat perhatian orang ramai. Dia turut melahirkan rasa terima kasih kepada orang ramai kerana prihatin terhadapnya.

Terima kasih kerana memberikan sokongan

Individu yang dikenali Amri mendapat perhatian ramai sejak videonya berjalan menggunakan tongkat untuk menghantar makanan kepada pelanggan tular di laman sosial.

Saya tidak tahu mengenai perkara itu (video yang tular), tetapi berterima kasih kepada pelanggan dan semua yang memberikan sokongan.

Menurut bapa kepada 3 orang anak itu, dia bersyukur kerana diterima bekerja di syarikat perkhidmatan penghantaran makanan walaupun kaki kanannya kudung akibat kemalangan jalan raya, 22 tahun lalu.

Mendapat layanan baik daripada majikan

Selepas syarikat lamanya menghentikan operasi, Amri tiada pilihan kecuali mencari pekerjaan baru.

Tidak mudah untuk saya mendapatkan pekerjaan dengan faktor usia dan keadaan sebelah kaki yang kudung. Namun, rezeki menyebelahi saya apabila diterima bekerja di situ dan pada mulanya, emak bimbang kerana saya pernah terbabit dalam kemalangan, tetapi tiada pilihan kerana perlu menyara keluarga.

Apa boleh saya katakan, rakyat Malaysia amat prihatin dan amat memahami keadaan saya yang berstatus orang kurang upaya (OKU), jadi tidak timbul masalah dalam soal kerja.

Tambahan, dia tidak pernah berdepan masalah sepanjang empat bulan berkhidmat di syarikat, sebaliknya mendapat layanan baik daripada majikan dan pelanggan.

Moga mendapat inspirasi kepada OKU lain

Amri juga berharap perkongsian itu dapat memberi inspirasi dan keyakinan kepada masyarakat untuk memberi peluang kepada OKU.

Saya gembira jika video disebarkan itu dapat memberi inspirasi kepada OKU lain dan orang ramai. Malah, besar harapan saya untuk melihat lebih banyak syarikat swasta mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menawarkan pekerjaan kepada OKU dalam bidang bersesuaian.

Saya percaya, OKU boleh berjaya jika diberi peluang dan sebenarnya, ramai dalam kalangan kami yang mempunyai kelulusan pengajian di peringkat tinggi.

Kalau saya tahu, saya turun sendiri

Sementara itu, Mohamad Baliami Kastua tidak sangka video dimuat naiknya malam tadi mendapat perhatian ramai hingga viral di laman sosial.

Sebenarnya, saya rasa amat bersalah kerana tidak tahu keadaannya (Amri) sehingga dia muncul di hadapan pintu rumah.

Jika tidak, tentu saya akan turun sendiri ke bawah untuk mengambil makanan itu. Kami sempat berbual cuma tidak lama kerana dia perlu beredar dan bagi berkongsi pengalaman itu, saya muat naik video diambil di Facebook.

Tak sangka pula, perkongsian itu tular dan saya hanya menyedarinya tengah hari tadi. Syukur kerana ramai yang prihatin selain menyatakan hasrat untuk menawarkan pekerjaan kepadanya.

Sumber : Harian metro via oh bulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Syukur Diterima Bekerja, Rider Food Panda Krang Upaya Syukur Sering Dilayan Baik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*