Penceramah Jalanan Terkenal Ustaz Ebit Lew Terlibat Kem4langan

“Dua-dua hampir terbalik. Saya tercampak ke depan. Sempat mengucap..” – Ebit Lew

PENCERAMAH Ustaz Ebit Lew mengalami kemalangan dekat Lebuhraya Utara-Selatan di Seremban, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, Ebit mengalami kecederaan ringan.

Menerusi laman Facebooknya, Ebit berkata, dia bersama dua lagi rakan dalam perjalanan balik dari Pasir Gudang menuju ke Kuala Lumpur.

Dalam Ig nya

Luahan Ustaz Ebit Lew Dalam Instagramnya

Dah 3hari tak balik kemalangan 3 pagi ini. Tadi dari balik ceramah Masjid Poli Pasir Gudang ke kl. Saya bertiga. Ada kereta masuk ke kanan tiba-tiba himpit kereta saya. Takde kereta lain di highway. Saya cuba elak sampai hampir kena divider kanan. Dua-dua hampir terbalik. Saya tercampak ke depan. Sempat mengucap. Terhentak kuat juga.

Sakit badan dengan hidung. Ada kereta berhenti sekejap semua terus jalan. Tiba saya pandang mana kereta satu lagi. Cari dekat belakang. Kereta tu terbalik. Kita dah bawa bertenang elok tiba-tiba orang mengantuk atau leka langgar kita. Allahu. Itu namanya takdir Allah. Syukur semuanya selamat

Disebalik musibah hari ini ada rahmat Allah menanti. Kasih sayang Allah. Staf plus dan towing semua kenal. Bergambar-gambar kami. Dapat dakwah. Cian ustaz penat dakwah sana sini kata mereka. Takde apalah abang.

Semua kerana dia sayang. Saya dapat jumpa abang. Dia beri musibah supaya terselamat dari musibah lagi besar. Seorang abang plus peluk sebak. Dah lama nak jumpa ustaz. Saya ingat ustaz. Saya ingat Allah sayang. Saya banyak diuji tapi selalu ingat Allah sayang. Hari ini walau teruk ustaz tetap cakap Allah sayang.
Terima kaseh abang polis. Abang plus. Abang towing. Syukur pada Allah atas segala nikmatnya. Terima kaseh Ya Allah,ebitlew.

“Saya bertiga. Ada kereta masuk ke kanan tiba-tiba himpit kereta saya. Takde (tiada) kereta lain di highway (lebuh raya).

“Saya cuba elak sampai hampir kena divider (pembahagi jalan) kanan.

“Dua-dua hampir terbalik. Saya tercampak ke depan. Sempat mengucap. Terhentak kuat juga. Sakit badan dengan hidung,” katanya, hari ini.

sumber : hmetro

 

Be the first to comment on "Penceramah Jalanan Terkenal Ustaz Ebit Lew Terlibat Kem4langan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*