[VIDEO]”Cantik GiIer, Suara Pun Lembut” – Teruja Lihat Gadis Johor Ni Cuba Cakap Loghat Kedah

Laa orang Johor ke ingat orang rumah tadi, min pun tak reti sangat cakap Kedah tapi setakat I Love You tu boleh je 😝

Apa yang best dekat Malaysia ni selain hidup berbilang kaum adalah kepelbagaian loghat mengikut negeri, betul tak? Sebab tu bila dapat kawan dari negeri lain, kita excited nak belajar atau bersembang guna loghat dorang kan?

Macam seorang gadis ni yang dapat perhatian ramai disebabkan video yang kawan dia upload dekat Twitter jadi viral. Melalui tweet dari Balqis, gadis tersebut adalah rakan sebilik dia (di kolej) dan berasal dari Johor. Dia pula berasal dari Kedah dan kawan dia bernama Nad tu nak belajar loghat Kedah daripada dia.

Roommate kami orang Johor nak try belajaq cakap Kedah. Dah la muka macam Yana Samsuddin.”

Ramai netizen jatuh hati terutamanya kaum lelaki disebabkan cara percakapan Nad yang sopan dan lemah lembut tu. Cara dia belajar adalah dengan minta Balqis dan kawan-kawan lain bagi contoh perkataan so dia akan buat ayat guna that word.

Korang bagi perkataan, Nad buat ayat.”

Lepas tu paling lawak sekali, bila dorang bagi perkataan ‘kacau pala’ (serabut), Nad boleh pula ingat tu buah! Buah pala!

“Kacau pala? Kacau pala buah ke? Buah pala ke…”

Korang tengok sendiri video ni:

Ramai yang suka tengok video tu disebabkan sopan santun dan keayuan Nad. Bak kata orang, sedap telinga dengar bila bercakap haa gitu! Apa lagi, banyaklah tulang rusuk cik abang yang bergetar kannnnn.


Sumber: Twitter

Gelak pun sopan ya Allah! Admin punya gelak nauzubillah hahahaha!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Sumber: LobakMerah

 

Be the first to comment on "[VIDEO]”Cantik GiIer, Suara Pun Lembut” – Teruja Lihat Gadis Johor Ni Cuba Cakap Loghat Kedah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*