Keputusan SPM anak tak capai sasaran, ini yg A. Aida lakukan kepada kereta Mercedes yang dihadiahkan

Keputusan SPM anak tak capai sasaran, ini yg A. Aida lakukan kepada kereta Mercedes yang dihadiahkan

Keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun lalu telah diumumkan serentak di seluruh negara semalam.

A. Aida (kanan) mendengar penjelasan daripada guru Natassha mengenai keputusan SPM anaknya

Anak kepada produser terkenal, Datuk A. Aida iaitu Wan Azevanatassha Wan Aminuddin atau Natassha, 18, adalah salah seorang pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut dengan memperoleh keputusan 3A, 3B dan 3C

Aida ketika dihubungi berkata, anak kedua hasil perkahwinannya dengan vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng itu bagaimanapun gagal mencapai sasaran yang diinginkannya.

“Oleh yang demikian, saya akan pertimbangkan untuk ‘rampas’ semula kereta Mercedes yang dihadiahkan sempena sambutan ulang tahun kelahirannya pada tahun lalu,” katanya berseloroh tetapi penuh makna.

Anak sulung belajar bidang perubatan

Mengulas lanjut, Aida menyifatkan Natassha seorang gadis pendiam, menyerupai karakter kakak sulungnya, Wan Az Aleesa, 22, yang kini menyambung pengajian dalam bidang perubatan demi bergelar doktor.

Natassha merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Tambah Aida, sejak anak-anaknya masih kecil, dia telah rencanakan kehidupan mereka bertiga mengikut kecenderungan minat masing-masing.

“Dari kecil, saya dah aturkan karier mereka pada masa akan datang. Insya-Allah Aleesa lepas ini akan jadi doktor. Natassha pula dijangka meneruskan pengajian dalam bidang perakaunan untuk jawatan akauntan.

“Sementara anak bongsu, Rahul mula menunjukkan minatnya terhadap kerjaya juruterbang. Semoga mereka capai cita-cita yang diinginkan,” katanya.

Pemilik syarikat produksi A. Aida Production itu berpendapat, ibu bapa perlu beri motivasi kepada anak-anak dan membantu mereka pilih pekerjaan yang menjamin masa depan.

“Jangan paksa, tetapi bentuk perjalanan hidup mereka perlahan-lahan berdasarkan keinginan anak dan kita sebagai ibu bapa,” ujarnya berkongsi cerita.

p/s: Semoga anak A.Aida lebih maju jaya pada masa hadapan. SPM bukanlah pengakhirannya, tapi satu permulaan

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber: Mhetv

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Keputusan SPM anak tak capai sasaran, ini yg A. Aida lakukan kepada kereta Mercedes yang dihadiahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*