Hairul Azreen Tak Bayar Bil Elektrik Selama 5 Bulan? Ni Jawapannya

Hairul Azreen Tak Bayar Bil Elektrik Selama 5 Bulan? Ni Jawapannya

Seperti yang semua tahu, di sebalik kontr0versi kisah Datuk Farid Kamil, sebenarnya ada juga satu ‘k0ntroversi lucu’ yang timbul di dalam keluarga Hanis Zalikha.

Seperti yang kita tahu, Hairul telah memuat naik sebuah posting meminta maaf kerana terlalu sibuk sehingga lupa untuk membayar bil elektrik.

Bukan sebulan dua tetapi hampir 5 bulan Hairul tidak perasan tentang perkara ini sehingga Hanis dan anaknya Yusuf bersama kucing tercinta kegelapan dan tidur tanpa aircond mahupun kipas.

Menurut Hairul mujur pemandunya sempat membelikan lilin mereka.

Malah, Hairul turut memberitahu dia sudah mengajak isterinya untuk tidur di sebuah hotel namun Hanis enggan dan berkata bukan selalu untuk rasai momen sebegini.

Apa yang mencuit hati ramai meninggalkan komen lucu di ruangan kepsyen. Macam-macam kata-kata yang mencuit hati ditinggalkan.

Lebih melucukan apabila Hairul sendiri memberitahu pengikutnya bukan sengaja dia tidak mahu bayar bil elektrik, sebaliknya ini adalah salah satu cara untuk dia bersama keluarga berkorban demi orang lain untuk mendapatkan bekalan elektrik selebihnya.

“Saya lebih happy orang ramai dapat cahaya elektrik, so saya berkorban hahahaha,” tulisnya di ruangan komen.

Malah, Hanis juga sempat mengusik suaminya itu dengan berkata adakah tujuan suaminya ini muat naik posting seperti ini dengan tujuan seperti menulis diari?

Walaubagaimanapun, mereka berdua menganggap perkara ini sebagai satu pengalaman paling manis buat mereka berdua.

Ala normal lah tu kadang-kadang kita memang akan terlepas pandang dalam hal-hal sebegini. Kalau dah lupa memang tak boleh nak buat apa dah!

Tapi apa yang MH tak boleh terima bila tengok macam mana reaksi anak-anak mereka. Kalau Yusuf boleh senyum-senyum sempoi je, kalau Bujibul muka mencuka habis!

Sumber : Media Hiburan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Hairul Azreen Tak Bayar Bil Elektrik Selama 5 Bulan? Ni Jawapannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*