Ainul Mardhiah terpaksa tunda balik ke Malaysia, Doktor sahkan tak sihat

Ainul Mardhiah terpaksa tunda balik ke Malaysia, Doktor sahkan tak sihat

Sejak semalam, ura-ura mengatakan adik Ainul akan sampai ke Tanah Air pada tengah hari ini semakin sahih apabila bapanya, Ahmad Safiuddin memaklumkan bahawa penerbangan pulang dijangka pada 9. 30 malam waktu United Kingdom.

Antara posting sebelum ini

Ramai gembira dengan berita ini kerana sudah lama bayi tersebut berada di London.

Namun begitu, menerusi Berita Harian, adik kepada bapa Ainul, Anis Sofiah Abdul Razak telah memaklumkan bahawa Ainul serta ibu dan bapanya tidak jadi pulang ke Malaysia kerana anak buahnya tidak berapa sihat.

“Abang hanya beritahu, doktor tidak benarkan Ainul balik lagi tetapi tidak dimaklum punca jangkiitan.

“Ainul perlu mengambil ubat anttibi0tik semula sekurang-kurangnya seminggu, tetapi mereka mungkin akan berada di sana (UK) dua minggu lagi,”

Sepatutnya, tengah hari ini Ainul dijangka tiba dan akan terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan.

Namun begitu, penerbangan tersebut dibatalkan dan Ainul hanya akan pulang apabila disahkan doktor dalam keadaan baik.

Sehubungan dengan itu, Facebook sumber telah dihujani dengan komen daripada warganet yang agak khuatir dengan kondisi Ainul.

Walau bagaimanapun, doa agar bayi kesayangan semua itu lekas pulih masih tetap dipohon. Mereka berharap agar Ainul dapat segera kembali ke Tanah Air.

Sumber: Berita Harian via celotehsaje

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Ainul Mardhiah terpaksa tunda balik ke Malaysia, Doktor sahkan tak sihat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*