“Rupa Saya Tak Secantik Bidadari, Belum Diberi Zuriat Tapi Syukur Awak Sabar Bersama Saya” – Luahan Isteri Achey Buat Ramai Terharu

Sanggup tinggal di bengkel ketika Achey masih orang biasa, memang seorang isteri yang sanggup mengharungi apa jua dengan suami. Respect!

Hadiah hari jadi kereta mewah Audi TT berharga lebih kurang RM285k! Untung betul isteri pelawak Achey dari Kumpulan Bocey ini.

Bagi yang mengikuti kisah hidup Achey bersama isterinya Nor Hasanah Yahaya sejak awal mungkin dapat merasakan bahawa wanita ini memang layak menerima hadiah ini.

Setia bersama Achey sejak tidak punya apa-apa, Nor Hasanah atau Anne tetap di sisi suami kala susah dan senang.

Malah memetik lap0ran daripada Astro Gempak, dia sanggup tinggal di bengkel bersama suami ketika hidup susah satu masa dulu.

Rupa saya tak secantik bidadari…
Selepas menerima hadiah terindah dari suaminya ini, Anne melalui laman instagramnya anne_achey meluahkan kesyukuran selain menitipkan kata yang cukup menyentuh hati buat suami.

Terutama sekali bila Anne memperkatakan tentang cahaya mata dan juga rupa parasnya.

“Alhamdulillah ya Allah…sukar untuk diungkap dengan kata-kata…Terima kasih sayang @acheykintangkintung…

Patutlah dlm masa sebulan ni dia banyak buat keje senyap-senyap. Sampai saya tak boleh tau kemana dia pergi. Rupa-rupanya dia buat persiapan birthday saya. Semuanya dia uruskan sendirian. Terima kasih banyak by…

Walaupun rupa saya tak secantik bidadari, tetapi saya tetap menjadi bidadari dalam hati awak untuk selamanya.

Terima kasih selama 8 tahun kita bersama, awak banyak membimbing saya walaupun kita belum ada rezeki utk dikurniakan zuriat tetapi saya bersyukur awak tabah dan sabar menantinya bersama saya.

Tq by @acheykintangkintung banyak buat saya terkejut dan terima kasih jugak pada semua yg memberikan ucapan birthday saya dan yg sudi hadir dan membantu menjayakan suprise ni. Tq semua.”

Demikian ungkapan Anne buat suaminya. Rupa-rupanya sebulan juga Achey ambil masa untuk buat persiapan ini. Tapi memang berbaloi, gempak habiskan.

Apapun kita doakan kebahagiaan pasangan ini, semoga Achey & Anne dikurniakan rezeki cahaya mata

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah yaAllah….sukar untuk diungkap dengan kata2…terima kasih sayang @acheykintangkintung….patot la dlm masa sebulan ni dia banyak buat keje senyap2….sampai saya tak boleh tau kemana dia pergi….rupa2nya dia buat persiapan birthday saya….semuanya dia uruskan sendirian…..terima kasih banyak by…walaupon rupa saya tak secantik bidadari,tetapi saya tetap menjadi bidadari dalam hati awak untuk selamanya….terima kasih selama 8tahun kita bersama,awak banyak membimbing saya…walaupon kita belum ada rezeki utk dikurniakan zuriat…tetapi saya bersyukur awak tabah dan sabar menantinya bersama saya…..tq by @acheykintangkintung banyak buat saya terkejut…..dan terima kasih jugak pada semua yg memberikan ucapan birthday saya dan yg sudi hadir dan membantu menjayakan suprise ni…😭😭😭😭😭tq semua😍😍😍😘😘😘 #anne21april2018 #birthdaygirl #yangterindah #makcikbawang

A post shared by Anne Achey (@anne_achey) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Sumber: Vanilla Kismis

Be the first to comment on "“Rupa Saya Tak Secantik Bidadari, Belum Diberi Zuriat Tapi Syukur Awak Sabar Bersama Saya” – Luahan Isteri Achey Buat Ramai Terharu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*