Warga Bangladesh beri tip Rm50 pada pemandu Grab ini selepas 3 yang lain enggan mengambil mereka kerana berbau

Warga Bangladesh beri tip Rm50 pada pemandu Grab ini selepas 3 yang lain enggan mengambil mereka kerana berbau

Bau badan adalah perkara biasa yang dialami oleh semua orang di Malaysia memandangkan cuaca di sini yang panas dan lembap sepanjang tahun menjadikan kita berpeluh sepanjang masa. Namun begitu dengan cara pemakanan dan meminum air yang banyak, kita akan dapat mengatasi masalah itu. Akan tetapi entah bagaimana kebanyakan pekerja Bangladesh mempunyai bau badan yang tidak mampu diatasi dan mereka diperlakukan dengan cara yang sangat berbeza.

Pemandu GrabCar, Fadhli Sahar berkongsi pengalaman di Facebook ketika menghantar 3 orang pengawal keselamatan warga Bangladesh ke rumah mereka selepas waktu bekerja mereka selesai. Ia memberi inspirasi dan akan membuka mata kita. Fadhli tetap mengambil mereka walaupun selepas diingatkan oleh pemandu lain untuk mengabaikan permintaan penumpang warga Bangladesh kerana kadangkala bau badan mereka yang ‘tengik’ akan bertahan lama di dalam kereta walaupun mereka telah lama beredar.

Fadhli berada di kawasan Sunway pada kira-kira jam 4 petang ketika dia menerima permintaan untuk satu perjalanan yang sangat mahal. “Tambang itu agak lumayan, dalam RM40 lebih, jika tidak salah saya. Saya menerima tugas itu. Ketika saya tiba di lokasi mengambil penumpang, saya melihat 3 warga Bangladesh sedang menunggu dan melambaikan tangan kepada saya. Dari pakaian seragam mereka, saya mengandaikan mereka adalah pengawal keselamatan,” tulisnya.

Pengawal keselamatan tersebut bertanya dengan baik kepada Fadhli jika dia boleh menghantar mereka ke lokasi yang diminta sebelum memasuki keretanya. Mungkin dari pengalaman sebelum ini yang telah ditolak oleh pemandu terdahulu yang pada mulanya menerima tawaran mereka tetapi kemudian berubah fikiran setelah melihat mereka secara langsung. “Boleh, boleh,” kata Fadhli, ketika para pengawal itu mula melangkahkan kaki ke dalam tempat duduk belakang kereta Fadhli.

Katanya menjelaskan situasi itu, “Dari saat mereka memasuki kereta saya, saya terpaksa menahan nafas. Tetapi, saya tidak dapat menahan nafas buat masa yang lama. Jadi, saya menukar mod penghawa dingin daripada mengitar semula udara kepada udara segar. Ia tidak membantu kerana ia mengeluarkan udara panas. Selepas itu, saya menyusun semula mod penyaman udara dan menurunkan tingkap kereta sedikit demi sedikit supaya udara segar dapat masuk. Apabila saya berhenti di persimpangan lampu isyarat, saya menurunkan tingkap sehingga ke bawah untuk mengambil udara segar.”

Fadhli menjelaskan bahawa dia biasanya akan bercakap dengan penumpangnya tetapi tidak dapat berbuat demikian kali ini kerana 2 orang pengawal keselamatan itu sedang tidur manakala yang ketiga duduk di tengah sambil memerhatikan situasi Fadhli yang seperti sedang meresah. Tulis Fadhli, “Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat saya. Ada masanya, saya menutup hidung dengan baju saya. Saya sering menurun naik tingkap dan menukar mod penghawa dingin. Apabila saya melihatnya dengan sekilas pandang melalui cermin pandang belakang, dia memalingkan muka. Saya fikir dia tahu bahawa saya berasa tidak selesa dengan mereka.”

“Bos, ada baikkah?” tanya pengawal itu kepada Fadhli. Fadhli menjawab dia baik-baik saja kerana percaya jika dia bercakap mengenai bau badan seseorang rasanya seperti kurang sopan dan akan menyinggung perasaan. Baginya, pekerja asing juga sama seperti mana orang lain, mereka juga manusia. Pengawal itu kemudian menjelaskan bahawa mereka telah ditolak oleh 3 pemandu lain sebelum Fadhli tiba. Rupa-rupanya pemandu lain telah membatalkan tempahan apabila melihat para pengawal keselamatan tersebut.

“Kadang-kadang pemandu malas untuk memandu jarak jauh,” Fadhli memberitahu pengawal ini agar tidak menyakiti perasaannya. “Saya tahu pada masa ini kebanyakan pemandu akan memilih ketika mengambil penumpang. Serius saya katakan bahawa saya tidak dapat memahami perkara itu. Alasan mereka kadangkala tidak masuk akal,” tambah Fadhli dalam post itu. Apabila tiba di lokasi menurunkan penumpang, pengawal yang duduk di tengah menyerahkan Fadhli wang besar RM100.

Apabila Fadhli mahu mengembalikan bakinya, pengawal itu telah menolak wang tersebut.Katanya, “Tidak mengapa, abang, ambil baki ini dan belanja anak-anak makanan yang sedap. Terima kasih kerana sudi menghantar kami.” Fadhli terkejut kerana biasanya akan menerima tip antara RM1 hingga RM2, jadi tip RM50 itu terlalu banyak untuk dia menerimanya dan berkeras untuk mengembalikan baki itu, tetapi telah ditolak oleh pengawal tersebut.

“Tidak mengapa. Abang boleh simpan. Saya tahu abang tidak selesa dengan kami di sepanjang perjalanan.” “Saya tidak apa-apa. Ini kerja saya,” tegas Fadhli. “Ambil saja. Abang sudi menghantar kami. Hari ini bukan satu-satunya hari yang kami terima pembatalan tempahan beberapa kali. Kebanyakan hari juga begitulah, abang,” kata pengawal terakhir yang keluar dari kereta Fadhli. Fadhli mengakhiri post tersebut dengan berkongsi pandangan dan pengajaran yang didapatinya daripada insiden itu.

“Kadang-kadang, warga Bangladesh ini mengajar saya banyak tentang kehidupan. Walaupun mereka adalah pendatang, mereka adalah manusia seperti kita semua. Mereka mempunyai perasaan, emosi dan pemikiran. Sesuatu yang kita harus hormati pada setiap orang tidak kira siapa. Sehingga kini, saya tidak faham mengapa setengah pemandu memilih penumpang berdasarkan penampilan mereka. Sekiranya itu adalah tugas anda, lakukan sahaja. Semua orang adalah sama.”

Jangan lupa bahawa pekerja Bangladesh ini juga adalah sebahagian tulang belakang negara kita yang rela dan sanggup melakukan pekerjaan kasar dan kotor yang tidak mahu disahut oleh warga tempatan. Ini termasuk membina bangunan pencakar langit dan menjaga pembetungan tanah air kita. Tanpa mereka, mungkin kita sendiri yang terpaksa melakukan pekerjaan ini. Sebagai warga Malaysia, kita patut menunjukkan rasa hormat kepada warga negara lain sekiranya mereka juga menghormati kita sebagai manusia biasa yang semuanya mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing.

Sumber : Fadhli Sahar/Facebook apampink

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Warga Bangladesh beri tip Rm50 pada pemandu Grab ini selepas 3 yang lain enggan mengambil mereka kerana berbau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*