“3 Tahun Cukup Untuk Leona Balik Dengan Imej Baru, UK kan Sejuk” – Azhar Sulaiman

Sebut sahaja nama Kasih Iris Leona, anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman sering menjadi perhatian kerana penampilannya yang agak seksi sehingga mengundang rasa kurang senang netizen.

Umum mengetahui, Leona sudah pun berlepas ke UK untuk menyambung pengajian di sana. Malah, Leona berkongsikan videonya menangis-nangis kerana tidak bersedia untuk meninggalkan Malaysia.

BACA: Sambung Belajar Ke Luar Negara, Leona Menangis Tinggalkan Malaysia

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Facebook, bapa kepada personaliti media sosial itu ada berkongsikan momen perpisahan dengan Leona dan seorang lagi anaknya iaitu Andika Rees Pahamin.

Difahmkan, Leona akan mengambil jurusan pengurusan manakala kembarnya itu pula akan mendalami ilmu Undang-undang Maritim.

Menerusi satu entri, Azhar turut menitipkan pesanan kepada anak-anaknya itu supaya rajin belajar serta tidak meninggalkan solat.

Kata Azhar lagi, dia tidak sedih anak-anaknya belajar di luar negara kerana mereka sudah biasa menggembara.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Namun apa yang lebih menjadi perhatian, Azhar berharap supaya anaknya itu akan tampil dengan imej baru dalam tempoh tiga tahun memandangkan cuaca di sana sejuk.

“Mami tak rasa sedih sangat mungkin sebab dorang dari kecik dah biasa travelled all over the world sebab sertai event Jamboree Pengakap /Girl Guides Dunia.

“3 tahun tak lama dan cukup masa untuk Leona balik dengan Image baru….UK kan sejuk…..hahahahaa,” seloroh Azgar.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber :rotikaya

Be the first to comment on "“3 Tahun Cukup Untuk Leona Balik Dengan Imej Baru, UK kan Sejuk” – Azhar Sulaiman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*