“Tu Jantan Lorr..” Netizen Kurang Senang Dengan Video Yg Di MuatNaik DSV..

Usahawan kosmetik Dato Seri Vida mendapat perhatian ramai selepas memuat naik video bersama selebriti media sosial Indonesia Lucinta Luna. Video yang dimuat naik menjadi bualan hangat netizen berikutan keghairahan mereka berdua.

Menerusi video yang dikongsikan ini, Dato’ Seri Vida dilihat berpegangan tangan dengan Lucinta Luna di untuk melintas  jalan. Mereka dilihat menghabiskan masa bersama di Bukit Bintang, dan beberapa video yang dikongsikan mereka tular di media sosial.

Selepas menyeberang jalan, Lucinta tersadung dan jatuh pada masa yang sama menyebabkan keadaan panik, Mereka kemudian membantu Lucinta bangun sambil dibantu oleh beberapa lagi individu yang mungkin merupakan pekerja kepada usahawan kosmetik itu sendiri.

@datoserividaofficial #PepsiApplePieChallenge @lucintaluna aduhh syg kok jatuh rosak operasinya #masukberandafyp #fypppppppppppppp #UnbeatableXfinity #datoserivida #foryou #dsvkuikhlaskan #foryourepage #foryourepage #fypシ #lucintaluna #lucintalunamanjalita #ratukeabadian #datoserivida #pavilionkl #jatuh #kualalumpur ♬ FEEL THE GROOVE – Queens Road, Fabian Graetz

Apa yang diperkatakan netizen ialah tindakan seorang usahawan kosmetik memegang tangan Lucinta Luna yang sebenarnya seorang lelaki. Seperti yang anda tahu, selebriti media sosial telah menjalani beberapa pembedahan kosmetik untuk menukar jantina mereka kepada wanita.

Justeru, netizen meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Dato Seri Vida yang selamba memegang tangan Lucinta. Malah, rata-rata pengguna internet menasihatkan usahawan kosmetik supaya menghormati batasan mereka sebagai wanita dengan lebih berhati-hati.

KOMEN NETIZEN 

Berdasarkan tinjauan di Tik Tok, Lucinta juga ada memuat naik video bersama-sama usahawan kosmetik itu di mana mereka dilihat menari bersama-sama. Gelagat Dato’ Seri Vida yang turut sama menari itu membuatkan rata-rata netizen mengecam tindakan usahawan kosmetik itu.

 

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Like Komen N Share Okey. TQ

Diolah Oleh : SinarViralPress

Sumber: HCL

Be the first to comment on "“Tu Jantan Lorr..” Netizen Kurang Senang Dengan Video Yg Di MuatNaik DSV.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*