Ini Yang Terjadi Semasa Konsert, Buat Rossa Hampir Terlupa Yang Glenn Fredly Dah Tiada

Sedar tak sedar, sudah lebih dua tahun penyanyi Indonesia iaitu Glenn Fredly meninggal dunia dipercayai akibat radang otak. Namun, ‘kehadiran’ mendiang seolah-olah masih terasa bagi penyanyi terkenal Rossa ketika mengadakan persembahan pada konsert 25 Shining Years di Bandung, baru-baru ini.

Memetik laporan Suara.com, Rossa menyanyikan 27 lagu popular sepanjang kariernya selain turut membawa salah satu lagu milik Glenn yang berjudul Sekali Ini Saja. Ketika menghayati lagu tersebut, penyanyi berusia 44 tahun itu tergamam apabila terdapat rakaman suara mendiang dari arah belakang dimainkan sehingga mula berasa sebak.

Seperti berharap Glenn ‘muncul’ semula, Rossa bagaimanapun terlupa sebelum menyedari bahawa rakan baiknya itu sudah pergi buat selama-lamanya. Penyanyi lagu Pudar itu berkata, dia mengakui terkejut kerana kemunculan rakaman suara berkenaan kerana tiada dalam latihan persembahan. Lihat video dibawah.

Glenn Fredly Meninggal, Rossa Unggah Kenangan Bersama sang Musisi: Aku Akan Mengingatmu Selamanya – Halaman 2 – Tribunnews.com Mobile

Terdahulu, Glenn yang popular dengan lagu Januari mengejutkan penggiat industri muzik selepas menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Setia Mitra pada 8 April 2020. Pemilik nama Glenn Fredly Deviano Latuihamallo itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dangdut, Mutia Ayu pada 2019. Sebelum itu, dia pernah berkahwin dengan penyanyi Dewi Sandra pada 2006 dan bercerai tiga tahun kemudian.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BERITA & INFO VIRAL (@lambegosiip)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber :borakdaily

Be the first to comment on "Ini Yang Terjadi Semasa Konsert, Buat Rossa Hampir Terlupa Yang Glenn Fredly Dah Tiada"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*