Ramai Tk Sangka Drummer ‘Kac4k’ Kumpulan Dewa19 Sudah Usia Atok, Rupanya ini Umur Beliau

Konsert Dewa 19 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil selama dua hari berturut-turut iaitu pada 9 September dan 10 September 2022 telah mencipta satu momen bahagia buat Baladewa dan Baladewi. Mana tidaknya, konsert bersempena dengan 30 tahun band Indonesia itu ditubuhkan telah menghadirkan 4 orang vokalisnya serta bekas drummer, Tyo Nugros.

Paling mencurl perhatian. Tyo yang sudah berusia 52 tahun itu telah mendapat perhatian ramai terutamanya wanita apabila ketampanannya ketika bermain drum menyebabkan ramai ‘hlsteria’. Dia juga dilihat pandai ‘mencuri’ perhatian kamera apabila memberikan senyuman kepada penonton sewaktu mengetuk drum. Momen tersebut berjaya dikongsikan oleh peminat di media sosial terutamanya di Tikok seperti yang dimuat naik oleh @annebelleeee.

Berebut nak sambut stick drum. Dalam salah satu perkongsian penonton yang menyaksikan konsert itu juga, Tyo dilihat membaling stick drum kepada peminat seusai konsert selesai. Rupanya dah sebaya abah2 kita je. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat tidak menyangka yang umur drummer tersebut sudah melewati angka 50 tahun. Mereka juga tidak dapat menafikan bahawa drummer Dewa 19 memang kacak dan tetap segak sehingga ramai yang jatuh hati melihatnya di Axiata Arena kelmarin.

“Crush betul kat drummer ni masa Tv9 mula mula ada. Dewa 19 music video sepanjang masa” “Memang jaga pemakanan sebab tu maintain muda”. Konsert yang dibawakan oleh Icon Entertainment itu ‘terpaksa’ diadakan selama dua hari bermula malam ini selepas tiket yang dijual malam esok ‘laku keras’ yang menyaksikan Dewa-19 akan membawa 30 buah lagu dari album seperti Dewa 19 dan Cintailah Cinta.

band popular dari Bandung itu diasaskan oleh Ahmad Dhani kemudian diperkuat dengan anggota lainnya seperti Andra serta dua mantan vokalis terkenal mereka, Ari Lasso dan Once. Pada 18 Julai lalu, selepas lebih tiga tahun tidak beraksi di Malaysia, tiket Dewa-19 habis dijual dalam tempoh satu jam selepas dibuka di atas talian.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber :Oh my media

Be the first to comment on "Ramai Tk Sangka Drummer ‘Kac4k’ Kumpulan Dewa19 Sudah Usia Atok, Rupanya ini Umur Beliau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*