“Be Strong Mommy, Aboy Love You,” – Kak Ton ‘Operation’, Harris Annuar Mohon Doa Ibu Lekas Sembuh

Pelakon Harris Annuar memaklumkan ibunya yang juga merupakan usahawan terkenal, Zaiton Hassan kini sedang dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembed4han.

Lantaran itu, Harris memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan agar proses pembed4han tersebut dapat berjalan lancar dan ibunya dapat kembali pulih seperti sedia kala.

“Doakan kesihatan ibu saya ye. Harini mummy terpaksa operate demi kesihatan mummy.

“Sedih sebab Aboy tak dapat nak teman mummy hingga ke operation theatre sebab shooting.

“Thank you kakya temankan mummy! @nadiaannuar !Be strong mummy @lagendakakton aboy loves you! Cepat cepat sihat ye mummy,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh bintang kelahiran program realiti Hero Remaja 2017 itu menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Rabu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Bagaimanapun, Harris tidak mengulas lanjut mengenai peny4kit ibunya itu.

Sementara itu, kakak kepada Harris yang juga merupakan pengacara, Nadia Annuar memberitahu, pembed4han tersebut terpaksa dijalankan bagi mengurangkan rasa sakit yang yang ditanggung ibunya ketika ini.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Harris.

“Semoga mommy cepat sembuh dan kembali kuat balik untuk bajagiakan Aboy.

“InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan.

“Banyakkan bersabar ye Harris. Kuat untuk mommy.

“Semoga dikurniakan syifa kesihatan buatnya,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Komen Netizen:

Umum mengetahui, hubungan Harris bersama ibunya itu sememangnya amat rapat dan mereka juga sering berkongsi telatah lucu anak beranak di media sosial.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Harris Annuar & Nadia Annuar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.mediahiburan.my/

Be the first to comment on "“Be Strong Mommy, Aboy Love You,” – Kak Ton ‘Operation’, Harris Annuar Mohon Doa Ibu Lekas Sembuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*