Sisi Gelap Bisnes Vending Machine, Wanita Ini Dedah Kerugian Puluhan Ribu..

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi pengalamannya menyetai mesin layan diri beberapa tahun lalu. Perkongsian ini turut mendapat perhatian ramai apabila wanita itu mendedahkan sisi gelap perniagaan mesin layan diri yang diceburinya.

Menerusi video yang dikongsikan ini, wanita itu mendedahkan bahawa dia menceburi perniagaan mesin layan diri sekitar tahun 2017. Seperti yang anda sedia maklum, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perniagaan mesin layan diri merupakan pelaburan hebat rakyat Malaysia yang ingin melabur wang mereka.

Menurut wanita itu, dia ‘terpedaya’ dengan pelaburan 100% RM66,000 oleh syarikat Muslim untuk membeli mesin air dengan pakej lokasi strategik yang dijanjikan. Tambahnya, dia mula berminat untuk menyertai syarikat itu selepas dijanjikan keuntungan yang tinggi.

Bukan itu sahaja, mesin air yang sepatutnya terletak di ruang pelepasan KLIA akhirnya diletakkan di pantri atau ruang makan pekerja KLIA. Lokasi yang tidak strategik juga mempunyai potensi pelanggan yang sangat rendah menjadikannya kerugian.

Wanita itu juga menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap syarikat itu, tetapi tiada apa yang boleh dilakukannya. Tambahnya, kontrak yang dipersetujui hanya melibatkan mesin dan bukannya di mana ia dipasang.

Pada masa sama, beliau menasihatkan sesiapa yang berminat untuk menceburi perniagaan ini supaya berhati-hati dan membuat kajian terlebih dahulu. Perkongsian video itu telah ditonton hampir sejuta kali sejak ia dimuat naik ke Tik Tok.

@ppaaaeeeepappap Company yg jual vending machine ni own by Pak Haji ye and 100% bumiputra.. so frustrating bile kene mcm ni but I hope mu experience can be lesson for u #vendingmachinemalaysia ♬ Biarlah Semua Berlalu – Willy Anggawinata

Komen Netizen

Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Komen Yg Baik-Baik Sahaja Okey.

Diolah Oleh: SinarViralPress

Sumber: HCL

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Be the first to comment on "Sisi Gelap Bisnes Vending Machine, Wanita Ini Dedah Kerugian Puluhan Ribu.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*