“Lama ‘tidur’ sejak pemergian Siti Sarah” – Shuib jadi penyampai Suria FM

SIAPA sangka selepas setahun berh3nti sebagai penyampai Radio Hot FM, kini pelawak dan usahawan Shuib kembali menjadi penyampai radio di Suria FM pula.

SEKIAN lama tidak terlibat dengan aktiviti seni sejak pem3rgian isteri tercinta, Allahy4rham Siti Sarah pada Ogos tahun lalu, pelawak Shuib menganggap sudah tiba masa untuknya kembali aktif.

Sebagai tanda dia sedia menerima lebih banyak tawaran, Shuib atau Shahmira Muhammad, 38, berkata kemunculannya sebagai penyampai radio Suria FM menerusi segmen Morning Morning Suria bermula 29 Ogos ini adalah permulaan.

“Saya akui selepas isteri men1nggal dunia, semangat saya hilang. Rasanya lama sangat saya ‘tidur’ dan sekarang perlu fikirkan jalan untuk kembali bangkit.

Shuib sudah bersedia kembali aktif dalam bidang seni.

“Sebelum ini pun saya banyak tolak tawaran berlakon dan terlibat dengan mana-mana program televisyen. Bergelar penyampai radio kali ini adalah sebagai comeback buat saya.

“Insya Allah jika ada tawaran kerja yang sesuai selepas ini saya akan terima. Saya mahu kembali push diri sebab rasa sudah tepu,” katanya kepada mStar.

Shuib bakal memulakan tugasan pertamanya Isnin ini (29 Ogos) unyuk slot pagi dengan Ajak dan Suraya menerusi segmen Team Pagi Suria yang turut diberikan penjenamaan baharu,  Morning Morning  Suria.

Pengurus Besar Suria FM yang juga penyampai segmen Suria Cinta itu, mengumum berita tersebut sebelum tamat siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell bertempat di IOI City Mall di sini petang tadi (27 Ogos).

Barisan penyampai Suria FM.

“Cabaran utama kali ini adalah untuk mewujudkan keserasian antara rakan penyampai. Saya bimbang akan menyusahkan mereka dengan kehadiran saya sebagai pasukan baharu ini.

“Sebelum ini saya pernah bekerja dengan stesen radio lain dan saya melihat Suria FM mempunyai potensi yang amat besar.

“Malah ketika berkhidmat di stesen radio terakhir, kami menjadikan Suria FM sebagai satu rujukan kerana berjaya menunjukkan peningkatan angka pendengar,” jelasnya.

 

Sumber: Mstar/BebasNews

Be the first to comment on "“Lama ‘tidur’ sejak pemergian Siti Sarah” – Shuib jadi penyampai Suria FM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*