“Saya Ada Suara Sedap, Tolong Sokong Saya Masuk Anugerah Juara Lagu”

Meskipun dikecam teruk bukan sahaja oleh netizen malah ditegur oleh artis lain, namun usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri seolah tidak serik untuk meneruskan hasratnya menjadi penyanyi.

Terbaru, perkongsian Aliff menjadi perhatian apabila meminta orang ramai menyokongnya untuk masuk ke pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL).

BACA: Jamal Abdillah Sudi Berduet Dengan Aliff Syukri

Malah, Aliff berkata anugerah berprestij itu pasti akan tular jika dia tercalon. Aliff turut merayu kepada semua orang supaya menyokongnya masuk ke pertandingan itu serta mengatakan bahawa dia memiliki suara yang sedap.

“Tolonglah, bagi saya masuk dekat Anugerah Juara Lagu, confirm (pasti) viral. Tolong ya, saya ada suara yang sedap. Tolong sokong saya masuk Anugerah Juara Lagu. Tolong, saya merayu,” katanya.

Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan komen sindiran mengatakan mereka tidak sanggup melihat usahawan itu bertanding kerana pasti akan kalah.

Tidak kurang juga, ada yang bertanyakan bagaimana Aliff boleh begitu yakin sekali sehingga mengatakan dia memiliki suara yang sedap. Difahamkan, video tersebut sudah pun dipadam oleh Aliff selepas beberapa jam dimuat naik di aplikasi TikTok.

Terdahulu, Aliff menafikan kaki drama semata-mata untuk meraih perhatian ramai. Aliff mengakui dia tidak boleh berpisah dengan Instagram dan hanya mampu bertahan tidak lebih empat hari tanpa media sosial itu.

Ujarnya lagi, dia hanya mahu bergelar penghibur namun segala usahanya tidak dihargai sebaliknya hanya kecaman dan cacian diterima daripada netizen

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page 

Sumber :rotikaya

Be the first to comment on "“Saya Ada Suara Sedap, Tolong Sokong Saya Masuk Anugerah Juara Lagu”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*