Anak Azhar Sulaiman ditudvh main cinta dengan suami orang… Wanita d4kwa Leona kikis RM3,000 sebulan

ANAK kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona ditvduh mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

D4kwaan tersebut dibuat oleh seorang wanita dikenali sebagai Nor Azira Osman Said yang mend4kwa Leona memperdaya suaminya untuk mendapatkan wang bulanan sebanyak RM3,000 sehingga menyebabkan duit simpanan mereka habis.

Wanita tersebut membuat d4kwaan itu secara terang-terangan menerusi ruangan komen di laman Instagram milik Azhar dan meminta aktor itu bertanggungjawab terhadap tindakan Leona cuba merampas suaminya.

azhar sulaiman 2

Leona kongsi perbualan Azhar bersama Azira.

Malah individu itu turut mengugut untuk membuat laporan polis sekiranya Azhar tidak memulangkan wang berkenaan.

“Tanya Kasih Iris Leona tentang wang yang digunakan sepanjang mempunyai hubungan dengan suami saya.

“Kira semua jumlah wang yang telah dibelanjakan untuk bayar hotel, tiket penerbangan, makanan dan semua yang berkaitan dengan percutian ketika dia ada hubungan dengan suami saya.

“Untuk pengetahuan, anak awak telah menghabiskan duit saya sebanyak RM3,000 sebulan. Minta dia kembalikan wang saya selepas mengambilnya dengan memperdayakan suami saya,” katanya.

Dalam pada itu, individu berkenaan turut mend4kwa Leona mempunyai hubungan sulit dengan suaminya tanpa ada sebarang niat untuk berkahwin dengannya.

Malah Nor Azira turut menuduh Leona sebagai scammer dan cuba memperdayakan suaminya.

Ibu bapa saya tahu dan mempercayai saya

KASIH IRIS LEONA

“Dia menipu suami saya tanpa ada niat untuk berkahwin dengannya atau saya akan buat laporan polis,” katanya lagi.

Tidak berdiam diri dengan tvduhan itu, Azhar turut menghubungi dan menghantar pesanan mesej WhatsApp kepada wanita itu bagi meminta bukti tvduhan yang dibuat terhadap anaknya.

Wanita itu memberitahu dia mengesyaki suaminya mempunyai hubungan dengan Leona gara-gara lelaki itu membuat ciapan semula (retweet) satu status dimuat naik Leona sebelum ini.

azhar sulaiman 3

Leona bersama ibu bapa dan dua adik-beradiknya.

Leona yang turut berkongsi tvduhan tersebut di Twitter mendapat respons pengikut yang turut cuba menghubungi nombor telefon Nor Azira.

Ramai mend4kwa wanita tersebut adalah seorang scammer dan sengaja mahu megambil kesempatan untuk mendapatkan wang.

Leona turut menafikan segala tvduhan yang dilemparkan terhadapnya menerusi satu perkongsian Instagram Story miliknya.

“Saya hanya mahu katakan ia 100 peratus tidak benar. Saya tidak pernah keluar atau berjumpa dengan suami orang lain.

“Ibu bapa saya tahu dan mempercayai saya,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment on "Anak Azhar Sulaiman ditudvh main cinta dengan suami orang… Wanita d4kwa Leona kikis RM3,000 sebulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*