Baru 3 Tahun Ismail Leon Dah Pandai 2 Bahasa, Perlu Ke Bahasa Ketiga? Rihana Tanya Pendapat Ramai

Selebriti, Rihana Petra berkongsi perkembangan anak sulungnya, Tengku Ismail Leon Petra yang baru berusia 3 tahun namun sudah mahir bertutur dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan juga bahasa Russia.

Rihana yang kini menetap di London mengakui Ismail Leon lebih fasih bertutur menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa ibundanya, bahasa Russia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Voevodina Oksana (@rihanapetra)

“Akhirnya Leon bercakap dua bahasa sekaligus, dan fasih bertutur dalam bahasa Inggeris daripada bahasa Rusia. Dan sebenarnya tak hairan sangat sebab dia banyak menggunakan bahasa Inggeris di mana-mana, dan bahasa Rusia hanya digunakan di rumah.”

Menurut bekas ratu cantik Moscow ini, Ismail Leon dalam masa yang sama pandai membezakan penggunaan bahasa jika di rumah dan di luar rumah. Ternyata Ismail Leon tidak kel1ru namun penggunaan bahasa Rusia masih lagi perlu diperbaiki.

“Setakat ini dia pandai membezakan bila di rumah perlu bercakap bahasa Rusia. Di luar atau di sekolah dia akan berbahasa Inggeris dengan kanak-kanak lain. Tetapi kami masih perlu mengupah ahli terapi pertuturan untuk bahasa Rusia… Leon masih belum menyebut banyak bunyi dengan baik dan kami perlu berusaha untuk itu.”

Tambahnya lagi, dia masih memikirkan lagi sama ada perlu atau tidak untuk mengajar bahasa ketiga atau cukup sekadar dua bahasa buat seketika ini. Malah Rihana turut memohon pendapat ramai sekiranya ada ibu bapa lain mempunyai pengalaman mengajar anak lebih dari dua bahasa.

“Kami sedang memikirkan tentang bahasa ketiga – patutkah kami mulakan sekarang, semasa dia kecil dan menyerap segala-galanya seperti span, atau kita harus menunggu – sekurang-kurangnya biarkan dua bahasa itu menetap di kepalanya”

“Berapa banyak bahasa yang anak anda tahu dan pada umur berapa mereka mula mempelajarinya? Boleh kongsi”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Voevodina Oksana (@rihanapetra)

Rata-rata netizen turut menyokong untuk belajar lebih bahsa dan berpendapat supaya Ismail belajar Bahasa Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Ig Rihanapetra, Pa&Ma

Be the first to comment on "Baru 3 Tahun Ismail Leon Dah Pandai 2 Bahasa, Perlu Ke Bahasa Ketiga? Rihana Tanya Pendapat Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*