“Dia Kerja Dari Pagi Ke Pagi Esoknya” – Rupanya Ini Sebab Anna Jobling Dipilih Tya Arifin

Selebriti popular yang juga usahawan berjaya, Tya Arifin telah memilih pelakon Anna Jobling selaku duta produk jamunya, Mutyara.

Simbol Wanita Aktif

Menurut Tya, Anna adalah simbol wanita yang melakukan banyak aktiviti harian.

Katanya juga, pemilihan pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu tepat selain mewakili wanita bekerjaya.

“Sekarang ini saya nampak Anna seperti saya sewaktu di Indonesia dulu. Dia bekerja dari pagi hingga ke pagi esoknya dan memerlukan banyak tenaga. Sebab itulah saya pilih dia dan Anna akan mewakilkan seorang wanita yang bekerjaya dalam masa sama dia memerlukan tenaga. Kerana kalau Anna atau orang lain di luar sana itu tak ada tenaga, mereka tak akan boleh sampaikan dengan baik apa saja kerja yang dibuat.

“Anna adalah wanita dan figura tepat untuk menjadi duta baru Mutyara kerana dia mencerminkan seorang wanita yang mempunyai banyak aktiviti dan memerlukan ‘energy booster’ atau tenaga tambahan harian iaitu jamu Mutyar,” katanya.

Anna Mudah Bekerjasama

Dalam pada itu, Tya yang juga isteri kepada usahawan terkenal Asyraf Khalid menyifatkan Anna seorang yang mudah bekerjasama.

“Anna juga wanita yang akan melebarkan khasiat jamu ini dan membuktikan bahawa ia tidak pahit. Untuk wanita di luar sana yang mungkin takut nak minum jamu, Anna sudah buktikan yang ia tidak pahit. Jadi orang akan lebih percaya jamu ini tak pahit seperti yang orang dakwa sebelum ini.

“Anna juga wanita yang bekerja keras dan senang nak bekerjasama. Itu antara sebab saya pilih Anna. Diharapkan juga dengan pelantikan Anna yang sekian lama kita tak ada duta, kami harap boleh melebarkan lagi kesan pengambilan jamu ini. Kita ingin membantu wanita yang lemah, letih dan lesu supaya mereka boleh dapatkan tenaga tambahan,” katanya.

Anna Berbangga

Sementara itu, Anna, 22, atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berbagga menjadi sebahagian keluarga baru jamu Mutyara.

“Selama lima tahun jamu Mutyara sudah membantu wanita mendapatkan tenaga lebih setiap hari dan juga membantu dari segi dalaman.

“Dengan formulasi baru jamu ini, sudah pasti akan memberikan lebih banyak khasiat kepada kita. la bebas gula, lebih sihat dan bertenaga,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan Combo Melur untuk bulan ini di laman web www.mutyara.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://lakarmedia.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dia Kerja Dari Pagi Ke Pagi Esoknya” – Rupanya Ini Sebab Anna Jobling Dipilih Tya Arifin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*