“Saya Sudah Pen4t Berboh0ng..” – Selepas Kongsi Perkara Ini, Tapi Elyana Terp4ksa Tutvp Ruangan Komen

TINDAKAN penyanyi Elyana memuat naik foto memperlihatkan dirinya tidak mengenakan hijab mencetuskan pertanyaan dan spekulasi peminat.

Menerusi perkongsian itu, Elyana turut mengenakan hoodie yang mempunyai tulisan ‘Jadi Diriku’ seolah-olah cuba membuat kenyataan tentang penampilan terbaharunya.

Penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu bagaimanapun menutup ruangan komen pada gambar tersebut.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Elyana memuat naik gambar lama sebelum berhijab atau pun sebaliknya.

Elyana menutup ruangan komen di Instagram.

Ini kerana sebelum itu, Elyana ada memuat naik beberapa foto lamanya yang tidak bertudung namun hasil semakan mStar, gambar-gambar itu telah dipadam daripada Instagram.

Sementara itu, sejak kebelakangan ini, Elyana cukup lantang bersuara terhadap segelintir warganet yang menuduhnya sengaja mencari publisiti dengan menjaja kisah derit4 k4nser dihadapinya hampir 12 tahun lalu.

Elyana dalam beberapa siri status Instagram Story melahirkan rasa terkilan dengan segelintir pihak yang menegurnya tanpa adab sehingga kata-kata mereka menguris perasaannya.

“Inilah contoh zaman sekarang. Gunakan nasihat untuk beri lampu hijau mencaci, maki orang. Akhirnya dia kata kita yang tidak boleh terima nasihat,” katanya.

Elyana pernah membuat luahan di Instagram Story tentang tuduhan mengatakan dia lupa diri.

“Saya sudah penat berpura-pura” – Elyana mahu ‘hilangkan’ diri, cari semula siapa dirinya
PENYANYI Elyana memberitahu dirinya bukanlah seorang yang sesuai untuk dijadikan contoh oleh masyarakat apatah lagi dianggap sebagai individu kuat berdepan dengan peny4kit k4nser.

Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal, 32, berkata, dia sudah tidak mampu lagi untuk berpura-pura bahagia dan kuat selain berasa tidak gembira dengan orang yang berada disekelilingnya.

Katanya, dirinya sudah tidak boleh lagi untuk menjalani kehidupan sebegitu dan berusaha untuk pergi jauh ‘menghilangkan diri’.

“Selama ini orang anggap saya kuat, tapi sebenarnya tidak. Selama ini saya hanya berlakon menjadi kuat meskipun berpijak di bumi nyata, saya tidak kuat pun.

Elyana menyambut ulang tahun kelahirannya di atas sebuah bot baru-baru ini.

“Kepakaran saya ialah berlakon, jadi saya tunjuk kuat dan bahagia, namun sejujurnya saya tidak kuat dan bahagia.

“Siapa yang menjadikan saya sebagai contoh atau anggap saya ini seorang yang positif, mungkin sudah boleh lupakan sahaja semua itu. Saya sudah penat untuk berpura-pura dan tidak tahu untuk lakukan apa lagi,” jelasnya.

Dalam siaran live di Instagram itu juga, Elyana turut meluahkan rasa kesal apabila gagal mendapat sokongan daripada individu terdekat.

Namun penyanyi itu tidak mendedahkan siapakah individu yang dimaksudkan.

“Saya sudah tidak boleh hidup macam ini. Sama ada saya lari jauh-jauh dan tidak timbul dah atau telan sahaja semua sengsara. Tiada orang cuba faham, tetapi orang mempunyai rasa ingin tahu.

“Saya faham perasaan ingin tahu itu lebih kuat daripada ingin memahami. Saya cuba hendak bahagia, tetapi orang negatif masuk campur, saya penat sebab cuba untuk kuat dan sembuh, untuk positif.

“Tetapi orang sekeliling ini cuba menjatuhkan saya. Tipu kalau saya tidak cari jalan keluar, saya juga sudah berjumpa dengan psikiatrik, tetapi tetap tidak jumpa jalan keluar.

Saya sudah penat untuk berpura-pura dan tidak tahu untuk lakukan apa lagi.

“Saya sudah tiada keinginan lain lagi, walaupun pergi ke tempat yang menarik, tetapi jiwa tetap rasa tidak bahagia,” katanya.

Bulan lalu, Elyana pernah memberitahu dirinya bukanlah seorang yang sesuai dijadikan contoh oleh masyarakat apatah lagi dianggap sebagai individu kuat berdepan dengan peny4kit k4nser.

Elyana ketika muncul dalam live di Instagramnya berkata, dia sudah tidak mampu lagi untuk berpura-pura bahagia dan kuat selain berasa tidak gembira dengan orang yang berada disekelilingnya.

“Selama ini orang anggap saya kuat, tapi sebenarnya tidak. Selama ini saya hanya berlakon menjadi kuat meskipun berpijak di bumi nyata, saya tidak kuat pun.

“Saya sudah penat untuk berpura-pura dan tidak tahu untuk lakukan apa lagi,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Saya Sudah Pen4t Berboh0ng..” – Selepas Kongsi Perkara Ini, Tapi Elyana Terp4ksa Tutvp Ruangan Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*