Tid4k Berdi4m Diri, Akhirnya Azhar SuIaiman Bid4s Keny4taan Sara Ali, Mami Lebih Pent1ngkan Duit

Pelakon, Azhar Sulaiman tampil bersuara terhadap kenyataan pelakon, Sara Ali yang memberikan kenyataan pada sebuah akhbar tempatan bahawa seseorang pelakon itu mempunyai hak untuk memilih pengarah yang dirasakan sesuai untuk bekerjasama sebelum menerima sesebuah tawaran lakonan.

Lebih Pentingkan Wang Dari Fikir Hal Lain

Menerusi hantaran di Instagram yang sudah dipadam, Azhar memberitahu bahawa dirinya sentiasa bersyukur jika dipilih oleh produser dari dahulu sehinggalah sekarang, malah dia akui lebih pentingkan wang ringgit daripada memikirkan hal-hal yang lain.

“Dari dulu sampai sekarang…Mami sentiasa bersyukur kalau Mami dipilih oleh produser”

“Mami lebih pentingkan duit masuk dari memikirkan hal-hal lain” tulis Azhar Sulaiman

Pelakon Tak Boleh Pilih Siapa Yang Dimahukan Dalam Projek

Tambahnya lagi, pelakon drama Sayang Salmah ini turut berpendapat pelakon tidak boleh memilih siapa yang dimahukan dalam sesebuah projek dan hanya boleh menerima atau menolak tawaran projek itu sahaja.

“Prosesnya..produser submit proposal nama semua yang akan terlibat to stations. TV stations approved proposal. Produser dan TV stations pilih director dan pelakon”

“Pelakon tidak boleh memilih siapa yang dia nak dalam sesebuah projek. Pelakon hanya boleh terima job atau tidak je.” tulis Azhar Sulaiman

Dipetik dari laporan Harian Metro, pelakon Sara Ali memberikan kenyataan pada bahawa seseorang pelakon mempunyai hak untuk memilih siapa pengarah yang dirasakan sesuai untuk bekerjasama, malah dia turut menegaskan dirinya tidak mahu membuang masa untuk berlakon dalam karya yang teruk.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: murai

Be the first to comment on "Tid4k Berdi4m Diri, Akhirnya Azhar SuIaiman Bid4s Keny4taan Sara Ali, Mami Lebih Pent1ngkan Duit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*