“Best Dapat Rasa Momen Macam Ni,”- Pelvk & Civm Ibu Ayah Saat Tiba Di Tanah Air, Perkongsian Alif Satar Buat Air Mata Tumpah

Selebriti versatil, Alif Satar menzahirkan rasa syukur apabila kedua ibu bapanya selamat pulang ke tanah air selepas selesai menunai ibadah haji di tanah suci, Mekah.

Kepulangan kedua ibu bapanya itu disambut oleh Alif di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Menurut Alif, dia sendiri tidak dapat menggambarkan betapa gembira hatinya saat melihat ibu bapanya itu pulang dalam keadaan yang sihat dan baik.

“Ada hamba Allah sent me this video. Thank you for capturing this moment. Semalam Alif sambut mama ayah Alif balik dari Tanah Haram.

“Syukur that both of them are back safe,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Risik Pada Hati itu menerusi sebuah hantaran video di laman Instagram.

Video berdurasi hampir seminit itu turut memaparkan Alif sedang memelvk erat dan mengucup kedua ibu bapanya itu.

Pada masa sama, Alif turut mendoakan agar uruskan para jemaah haji yang lain untuk pulang ke Malaysia akan sentiasa dipermudahkan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

“Buat semua jemaah haji yang baru pulang, semoga Allah swt menerima segala ibadah mu, semoga Allah besarkan pahala mu, dan semoga Allah ganti dan gandakan apa yang telah kau belanjakan. AAMEEN YA RABB,” kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh saat melihat video tersebut turut menitipkan ucapan selamat pulang buat kedua ibu bapa Alif.

Komen Netizen:

Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih lebih 400,000 jumlah tontonan di laman Instagram.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Alif Satar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.mediahiburan.my/

Be the first to comment on "“Best Dapat Rasa Momen Macam Ni,”- Pelvk & Civm Ibu Ayah Saat Tiba Di Tanah Air, Perkongsian Alif Satar Buat Air Mata Tumpah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*