Gelagat Fazura Bersilat Buat Ramai Geli Hati, “Roh Awang Dah Masuk…”

Penangan filem Mat Kilau memang bukan calang-calah malah dalam masa empat hari ditayangkan, ia sudah mencapai kutipan melebihi RM12 juta! Mereka yang sudah menonton juga masih terasa kesannya sampaikan ada yang meluahkan minat untuk mempelajari seni silat selepas menonton filem tersebut.

Di media sosial juga ramai yang turut terbawa-bawa dengan impak dari filem Mat Kilau ini termasuklah pelakon jelita, Fazura. Gelagatnya yang sempat bersilat semasa mempromosikan produk terbarunya ini turut membuatkan netizen terhibur melihatnya.

@myfazura Apa? Fazura bersilat? Find out what happens next… 😜 p/s: cantiknyaaa Lippy Bag baru! 🤩 @Fazura #fazurabeauty #fyp #viral #miliksemua #fypシ #foryoupage #matkilau #fattahamin ♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir

Menerusi video yang dikongsikan ini, Fazura dilihat melakukan satu video promosi untuk produk terbaru yang akan dilancarkan. Apa yang mencuri tumpuan ramai ialah dia seperti terbawa-bawa dengan kesan selepas menonton filem Mat Kilau yang turut diterajui oleh suaminya, Fattah Amin.

Sambil mempromosikan produknya itu, Fazura turut sama bersilat dengan reaksi wajah yang serius sekaligus membuatkan ramai berdekah menontonnya. Pada penghujung video, pelakon itu akhirnya turut sama berdekah dan tidak dapat menahan ketawanya selepas selesai bersilat.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut geli hati melihat gelagat selamba Fazura ini. Malah ada yang berseloroh mungkin juga dia telah mempelajari ilmu silat dari suaminya sendiri yang muncul di dalam filem Mat Kilau itu.

“Dah berguru dengan Awang lah ni.”

fazura

“Effect mat kilau.”

mat kilau

“Awal awal video akak dah mengekek tengok. Muka fazura dah takleh buat serious sebab tahu dia ni kuat melawak.”

komen

“Roh awang dah masuk dah tu…”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Sumber:HCL

Be the first to comment on "Gelagat Fazura Bersilat Buat Ramai Geli Hati, “Roh Awang Dah Masuk…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*