Dua negara berbaIah asal usul silat, sekali ini respon pelakon ‘Mat Kilau’ sendiri, Yayan Ruhian

ISU mengenai asal usul silat sering menjadi topik perbualan dan perb4lahan netizen di media sosial.

Netizen di Malaysia dan Indonesia dilihat tidak bersependapat mengenai perkara ini dan ‘claim’ kononnya silat berasal dari negara masing-masing.

Mengulas mengenai perkara itu, pelakon aksi dari Indonesia yang juga merupakan bintang filem ‘Mat Kilau’ iaitu Yayan Ruhian berkata masyarakat harus memandang ilmu persilatan ini sebagai satu seni yang mampu mengeratkan hubungan dua negara.

“Silat di Indonesia itu diibarat seperti silaturahim, di Malaysia juga saya rasa begitu, jadi saya yakin kepada sesiapa yang menyatakan atau mengaku dirinya seorang pesilat pasti akan menjunjung tinggi nilai sebuah persilatan itu.

“Saya tahu netizen adalah orang yang cerdik dan tahu menentukan mana yang baik atau bvruk mengikut sumber boleh dipercayai.

“Hargailah seni silat ini sebaik-baiknya,” komen Yayan pada mStar.

VIDEO

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Dua negara berbaIah asal usul silat, sekali ini respon pelakon ‘Mat Kilau’ sendiri, Yayan Ruhian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*