Tutup Wajah Bilal, Neelofa Elak Anak Kna Kerumun… R1sau Kesihatan MentaI Terjejas

TETAP dengan pendirian, selebriti terkenal Noor Neelofa menganggap mana-mana pihak yang mengkr1tik tindakannya menutup wajah anak seperti tidak mempercayai kewujudan peny4k1t ain.

Neelofa, 33, menjelaskan dia dan suaminya iaitu pendakwah Haris Ismail atau PU Riz tetap mahu mengutamakan k3$ihatan anak mereka, Muhammad Bilal biarpun dikecam netizen.

“Jika ada yang mempermainkan mengenai perkara itu, seolah-olah mereka main-mainkan kewujudan ‘ain’ la. Bukan mereka s1ndir saya sebenarnya.

“Malah hal itu di dalam hadis sahih pun sudah ada. Saya tidaklah arif sangat mengenai perkara ini, tapi perkara itu mungkin boleh melangkaui takdir.

Neelofa dan PU Riz masih tidak tunjuk wajah penuh anak mereka.

“Saya tetap akan buat (tutup wajah anak) walau orang kec4m macam mana sekali pun, kami fikir mengenai k3$ihatan serta k3$ejahteraan anak,” kata Neelofa kepada mStar.

Bekas pengacara program MeleTOP itu ditemui di majlis pelancaran Disney X Naelofar Alice In Wonderland di IOI City Mall, Putrajaya, pada Khamis.

Bukanlah nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak.

Sebelum ini, Neelofa mengakui dia lebih berhati-hati dan belum bersedia untuk berkongsi wajah penuh Bilal bagi mengelakkan peny4k1t ‘ain (gangguan yang disebabkan pandangan).

Dalam pada itu, Neelofa memberitahu dia juga mahu anaknya membesar seperti kanak-kanak lain dan akan berkongsi wajah putera sulungnya apabila tiba masa yang sesuai.

“Tunggu bagi dia besar sikit. Bukanlah nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak. Kalau boleh saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.

“Beri masa dia untuk kuat sikit, barulah kita akan bawa dia keluar dan sebagainya,” ujarnya.

Neelofa akan kongsi gambar anak bila waktu sesuai.

Meski ada yang mengenc4m pendirian tersebut, terdapat segelintir yang menyokong apa yang dilakukan usahawan itu.

“Macam Elly Mazlein sendiri pernah berkongsi. Dia melihat anaknya lebih ceria dan gembira ketika di sekolah, orang tidak kenal dia anak siapa.

“Jadi ia untuk k3$ihatan mental kanak-kanak. Mungkin kalau pergi mana-mana, kena kerumun atau ambil gambar nanti kasihan pada mereka juga,” katanya lagi

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah, PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan anak pertama iaitu Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:mstar

Be the first to comment on "Tutup Wajah Bilal, Neelofa Elak Anak Kna Kerumun… R1sau Kesihatan MentaI Terjejas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*