“Sedih Saya Tengok…”- Ayda Jebat Terkejut Lihat Kulit Anak, Rupanya Doktor Kesan…

Pelakon Ayda Jebat terkejut apabila anaknya, Ana Nayla yang baru berusia 10 bulan mengalami masalah kulit seperti membengkak sehingga kemerah-merahan semalam.

Berkongsi kebimbangan itu di akaun Instagram (IG) Story miliknya, Ayda memberitahu sedih melihat keadaan anaknya.

“Bangun pagi nampak baby macamni. Sesiapa tau kenapa? Allergic or anything? Pernah kena to you baby tak? Sedih kita tengok dia. Satu badan macamni,” tulisnya yang disertakan emoji bingung.

Dalam hantaran yang sama isteri kepada Nabil Mahir itu turut berkongsi foto keadaan kulit seluruh badan bayinya.

Tidak membuang masa, Ayda dan Nabil kemudian membawa Ana Nayla ke hospital bagi merujuk kepada doktor pakar kanak-kanak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Lewat malam semalam, menerusi kemas kini terbaharu IG miliknya anaknya, Ayda memberitahu kemungkinan Ana mempunyai alahan dengan ubat yang diberikan.

“Doctor kata baby maybe allergic ubat yang baby makan (sebab baby demam, flu and batuk) atau apa yang mommy makan.

“Alhamdulillah masih boleh tersenyum. Doakan baby cepat sembuh ya semua,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Princess Ana Nayla (@ananaylaofficial)

Entri berkenaan turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan kesihatan puterinya.

Tanggal 1 Januari lalu, genap setahun usia perkahwinan Ayda dan Nabil.Cahaya mata sulung mereka dilahirkan pada 21 September tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page 

Sumber: https://gempak.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sedih Saya Tengok…”- Ayda Jebat Terkejut Lihat Kulit Anak, Rupanya Doktor Kesan…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*