[VIDEO]Budak Tular Men4ngis Kini Tersenyum Selepas Diberikan Kasut Safiq Rahim & Versi Arif Aiman

Kanak-kanak lelaki yang sebelum ini tular kerana men4ngis selepas tak dapat menerima kekalahan Harimau Malaysia menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada minggu lalu sekali lagi mencvri tumpuan.

Kali ini kanak-kanak lelaki itu kelihatan kembali tersenyum dan gembira apabila dirakam pula menerima hadiah kasut daripada pemain skuad kebangsaan Safiq Rahim sewaktu perlawanan Malaysia menentang Bangladesh semalam.

Ia dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @muiiizzzzz . Dalam video itu menunjukkan Safiq menghampiri satu ruangan di tempat duduk penonton sebelum membaling kasut ke arah kanak-kanak berkenaan.

Bukan itu sahaja, bertambah gembira apabila dia turut mendapat jersi eksklusif yang dipakai tonggak sayap Harimau Malaya dan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Arif Aiman sewaktu perlawanan tersebut.

Video:

@muiiizzzzz

W kid

♬ original sound – Ackerman Malaya

Terdahulu, video tangisan kanak-kanak itu turut mengundang sebak ramai apabila dilihat meratap kesedihan menangis seorang diri di tempat duduk stadium selepas perlawanan berakhir.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "[VIDEO]Budak Tular Men4ngis Kini Tersenyum Selepas Diberikan Kasut Safiq Rahim & Versi Arif Aiman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*