‘Air Soya’ Ditambah Huruf Q, Lawak Bila Jebat Ajar Semula Ibunya Cara Sebutan

Sebut saja nama Jebat Jayden, sememangnya ramai yang akan mengenali anak tunggal pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila. Walaupun sudah tidak bersama lagi tetapi Sharnaaz setiap hari meluangkan masa bersama putera kesayangannya itu.

Walaupun masih kecil tetapi Jebat mempunyai peminatnya yang tersendiri dan ramai yang suka melihat telatah comel Jebat. Mana tidaknya, baru saja berusia empat tahun, sudah petah bertutur dan Jebat juga sangat minat dengan Spiderman sehingga dibeli gelaran ‘Fiderman’ oleh ibu dan bapanya.

Baru-baru ini, sebuah rakaman video telatah Jebat yang telah dikongsikan oleh Nabila sekali lagi menjadi bualan ramai apabila Menerusi video itu, Jebat menyebut satu perkataan tetapi denga tutur katanya yang pelat itu menyebabkan Jebat menyebut perkataan itu dengan “slanga” kedah.

Mungkin juga dari pengaruh Sharnaaz yang kita semua tahu yang beliau berasal dari penang. Sudah tentu lah jebat menyebut perkataan Air Soya pun menjadi Soyaq. Lawak betul la si Jebat ni, bila ditanya mummynya minum air apa tadi dan dengan selamba jebat menjawab Air Soyaq.

Video:

@noornabila00 Jadiiii rojak anakkku oi #jebatjayden #kidsoftiktok #fyp #fypシ ♬ original sound – Noor Nabila

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai netizen yang tergelak mendengar perkataan air soyaq itu dan berpendapat bahawa jebat lagi penang dari sharnaaz.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Tiktok noornabila00, sinarviral

Be the first to comment on "‘Air Soya’ Ditambah Huruf Q, Lawak Bila Jebat Ajar Semula Ibunya Cara Sebutan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*