Syahmi Sazli Umum Tutup Gerai Air Balang, Orang Ramai Puji Alasan Yang Diberi

Siapa yang tidak kenal dengan Syahmi Sazli iaitu bekas peserta Drama Spontan. Kini Syahmi merupakan pengarah filem antaranya ialah Mael Totey The Movie. Untuk pengetahuan semua, pada bulan Ramadhan yang lepas, Syahmi telah membuka gerai Air Balang yang telah mendapat sambutan baik dari ramai orang sekaligus menjadikan perniagaan air balangnya menjadi tular.

Namun baru-baru ini, Syahmi telah memuatnaik posting terbaru di akaun Instagram miliknya. Menerusi posting itu, Syahmi Sazli mendedahkan bahawa dia bakal menutup perniagaan air balang itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli)

Walaupun pendedahan yang dibuat olehnya telah mengejutkan orang ramai, Syahmi Sazli dipuji oleh netizen. Antara faktor yang membuatkan Syahmi ingin menutup perniagaannya itu adalah disebabkan masalah parking.

Menurut Syahmi dia risau dan takut jika dia terambil hak parkir orang lain dan juga disebabkan faktor lain juga. Syahmi juga berkata jika ada rezeki, dia akan membuka kembali perniagaan itu di kedai yang lebih besar dan selesa.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sedih kerana tidak sempat merasa air jualannya yang boleh dikatakan sangat popular. Di samping itu, ramai juga yang memuji sikap Syahmi.

KOMEN NETIZEN

Sumber : CARI

Be the first to comment on "Syahmi Sazli Umum Tutup Gerai Air Balang, Orang Ramai Puji Alasan Yang Diberi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*